Piala Dunia: Varela selamat maruah Portugal seri dengan AS - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Piala Dunia: Varela selamat maruah Portugal seri dengan AS

PORTUGAL 2
Nani (m5)
Silvestre Varela (m94) 

AMERIKA SYARIKAT 2Jermaine Jones (m63)


Clint Dempsey (m81)



MANAUS: Pemain gantian, Silvestre Varela muncul penyelamat maruah buat Portugal apabila jaringannya pada masa kecederaan memberi gol penyamaan 2-2 menentang Amerika Syarikat pada perlawanan Kumpulan G di Arena Amazonia, sebentar tadi.

Selepas tumbang 4-0 pada perlawanan pertama kepada Jerman, Portugal bermula baik apabila terlebih dulu di depan seawal minit kelima menerusi pemain sayap, Nani.
Kesilapan pertahanan Amerika Syarikat, Geoff Cameron yang menampan bola ke bahagian kanan gawang membuka peluang buat Nani mudah melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol, Tim Howard.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu namun tiada tambahan jaringan berakhir babak pertama.

Mimpi ngeri Portugal bermula pada babak kedua apabila Jermaine Jones melepaskan satu rembatan padu menarik hasil hantaran Michael Bradley yang gagal dibaca penjaga gol, Beto untuk gol penyamaan pada minit ke-63.

Ketika Portugal rancak menyerang, kapten Amerika Syarikat, Clint Dempsey pula memberi kejutan apabila meledak gol pada minit ke-81 menerusi badannya selepas bijak melepasi perangkap ofsaid. 

Dan ketika perlawanan dijangka tamat, Varela berjaya meledak jaringan cantik menerusi tandukan hasil hantaran menarik pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo yang berjaya mengakukan Howard.

Keputusan meletakkan Ronaldo di bahagian tengah serangan jelas tidak begitu menjadi selepas beberapa kali diperangkap ofsaid namun perubahan ke bahagian sayap memberi kelegaan kepada Portugal.

Keputusan seri bermakna Portugal perlu menang perlawanan terakhir menentang Ghana untuk mara ke pusingan kedua selepas kedua-duanya mengumpul satu mata manakala Amerika Syarikat yang mengumpul empat mata bakal menentang Jerman. - Agensi

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PialaDunia_VarelaselamatmaruahPortugalseridenganAS/pialadunia/Article/index_html
0 Komentar untuk "Piala Dunia: Varela selamat maruah Portugal seri dengan AS"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI