KUALA TERENGGANU - Kekalahan DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan memerlukan analisis lebih lanjut, bagi mengkaji faktor sebenar perubahan pola pengundi di kawasan itu.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Terengganu, Yahaya Ali berkata, terlalu awal untuk menyatakan faktor peralihan undi sehingga menyebabkan BN berjaya merampas kembali kerusi itu, namun tidak menolak kemungkinan peratusan keluar mengundi yang rendah adalah salah satu faktornya.
Menurutnya, peratusan 66.67 peratus yang keluar mengundi adalah satu angka rendah dan menyatakan, ramai pengundi luar yang tidak balik mengundi kali ini.
“Masih terlalu awal untuk kita komen mengenai faktor kekalahan tetapi kita perlu buat analisa kenapa ia berlaku,” katanya.
Ketika ditanya adakah isu hudud menyebabkan undi masyarakat Melayu dan Islam tidak berpihak kepada DAP, beliau menjelaskan, semua faktor boleh berhubung kait.
“Tetapi isu hudud ini tidak sepatutnya lah menjadi isu yang besar, namun kita perlu buat satu kajian yang mendalam dan terperinci bagi melihat kenapa hal ini berlaku,” katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas negeri di Jalan Sultan Omar, di sini.
Dalam PRK Parlimen Teluk Intan Sabtu lalu, calon BN iaitu Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan berjaya menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti 238 undi.
Siew Keong sebelum ini pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal, sebelum tewas dalam PRU12 dan PRU13 pada tahun 2008 dan 2013 kepada calon DAP.

0 Komentar untuk "Pas minta kaji faktor kalah"