BAGI anda yang setia mengikuti filem KL Gengster 1 & 2 arahan Syamsul Yusof, tidak akan lupa dengan watak Abang Long Fadil yang dijayakan Zizan Razak.
Dek kerana kepopularan watak tersebut, watak Abang Long Fadil dihidupkan semula menerusi filem terbaharu arahan Syafiq Yusof dengan judul sama.
Masih mengekalkan Zizan selaku teraju utama, filem ini turut menampilkan Kamal Adli, Tauke Raja Lawak, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Aaron Aziz.
Apabila mendapat garapan pengarah berbeza, secara tidak langsung, filem Abang Long Fadil juga berbeza, namun hanya yang kekal adalah keinginannya Fadil untuk menjadi Abang Long atau ketua kawasan.
Filem ini mengisahkan kehidupan Fadil setelah sahabat baiknya Malik dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun. Fadil tidak mahu lagi masuk campur dalam dunia gengster dan mahu bebas dari geng Shark, tetapi dia perlu melaksanakan satu tugasan terakhir sebagai hadiah untuk layak. membebaskan diri daripada kumpulan gengster.
Shark iaitu musuh dalam selimut kepada Malik tidak senang dengan Fadil, maka Shark membuli Fadil dengan memberikan tugasan yang dianggap mustahil bagi semua gengster-gengster di KL iaitu untuk menakluk kawasan Kampung Berani.
Kampung Berani adalah penempatan orang Melayu yang sedang menghadapi krisis hak milik tanah peneroka dengan syarikat kapitalis yang mengupah sekumpulan gengster untuk mengugut penduduk kampung. Dalam masa sama, kawasan itu dipegang gengster yang tak diketahui identitinya.
Pelbagai peristiwa berlaku dalam percubaan Fadil menakluk Kampung Berani. Secara tidak sengaja, Fadil bertemu Adam anak seorang pendekar dan mempunyai kekuatan luar biasa.
Mereka bergabung untuk berdepan dengan ketua gengster paling besar di situ. Mampukah mereka menewaskan kumpulan gengster tersebut? Adakah tanah Kampung Berani akan tergadai? Mampukah Fadil mendapat kebebasan?
Jika di dalam filem KL Gengster 1 & 2 sebelum ini, Zizan tidak banyak babak melibatkan Zizan selaku Fadil, namun dalam filem kali ini, Zizan akan tampil lebih beraksi dan komedi dengan olahan mengikut acuan Syafiq.
CGI mengagumkan
Nasihat penulis sebaik menonton filem ini, usah dibanding hasil kerja tangan Syafiq dan Syamsul kerana walaupun mereka adalah adik-beradik, namun mereka mempunyai imaginasi dan bayangan sendiri untuk watak Fadil.
Namun apa yang menarik perhatian penulis adalah suntikan imej janaan komputer (CGI) yang dilakukan Syafiq dalam filem keduanya ini.
Bayangkan watak adiwira seperti Ironman dan Bumblebee dalam filem Transformer dimasukkan dalam filem anak tempatan!
Biarpun hanya untuk seketika, namun kehadiran CGI itu cukup mengagumkan dan lebih istimewa, Syafiq mengolah sedikit Ironman dan Bumblebee agar mereka kelihatan serupa.
Bukan itu sahaja, Syafiq turut melakukan beberapa CGI dalam babak aksi menyebabkan babak itu kelihatan lebih cantik dan kemas.
Kamal Adli menyerlah!
Dari sudut lakonan pula, kehadiran Kamal sebenarnya berjaya menenggelamkan Zizan dalam beberapa babak.
Bukan hanya kerana Kamal banyak menjayakan watak aksi tetapi juga kerana penghayatan Kamal yang lebih mendalam berbanding Zizan.
Bahkan tidak mustahil pada pandangan penulis, Kamal akan menjadi hero baharu dalam arena lakonan aksi selepas ini. Manakala Zizan pula pada pandangan penulis pula tidak banyak kejutan yang dilakukan dalam filem ini, namun masih menghiburkan dengan caranya yang tersendiri.
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/abang-long-fadil-kembali-1.285730

0 Komentar untuk "Abang Long Fadil kembali!"