Jihan segan dilebal popular - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Jihan segan dilebal popular

Tidak ada angin, tiada ribut tiba-tiba ada deruan bertiup kencang melanda ke atas bintang komedi, Jihan dikatakan mempunyai hubungan agak intim dengan jejaka bernama Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli.

Diajukan dengan pertanyaan itu, Artis Komedi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH2013) ini pantas menjelaskan hubungannya dengan Ungku Hariz sebenarnya sudah lama terjalin dan ia tidak lebih daripada kawan akrab.

Jelasnya lagi, persahabatan dengan jejaka itu sudah terjalin sejak tujuh tahun lalu menjadikan hubungan mereka nampak rapat. Memikirkan hubungan persahabatan yang akrab itu, Jihan atau Nuur Jihan Musa menjelaskan dia tidak terlintas untuk memikirkan soal jodohnya dengan Ungku Hariz yang mula dikenali sejak tahun 2007 dan mereka bergiat aktif di pentas teater.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jihansegandilebalpopular/Article

0 Komentar untuk "Jihan segan dilebal popular"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI