KUALA LUMPUR - Dua bekas Adun BN Selangor didakwa memonopoli konsesi penswastaan UiTM Jasin, Melaka dan projek itu didakwa diperolehi menerusi 'amalan melobi' sebelum dianugerahkan secara rundingan terus.
Rafizi Ramli (Pandan-PKR), berkata, dua wakil rakyat terbabit mendapat projek tersebut selepas gagal memperolehi projek membina UiTM Cawangan Serendah pada 2010.
"Sebelum ini bekas wakil rakyat itu terlibat dalam satu kontroversi berkenaan cadangan pembinaan UiTM Cawangan Serendah di atas tanah yang pernah dianugerahkan oleh pentadbiran Umno kepada yayasan tersebut.
"Selepas gagal membina kampus itu, syarikat yang dikawal oleh dua bekas Adun itu melalui Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terlibat pula dalam konsesi penswastaan UiTM Cawangan Jasin," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Rafizi sebelum ini mendedahkan beberapa kampus cawangan universiti itu dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan Umno termasuk ahli politik parti itu.
Terdahulu, Rafizi mendedahkan konsesi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban III diberikan kepada adik seorang pemimpin Wanita Umno.
Selain itu, Pengarah Strategi PKR itu turut mendedahkan UiTM Puncak Alam pula dianugerahkan kepada syarikat milik seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) terkenal di Selangor.
"Bukti itu menunjukkan bagaimana UiTM digunakan oleh Umno untuk menanggung bebanan bayaran kepada syarikat konsesi yang kesemuanya dimiliki oleh pimpinan Umno.
"Kenyataan Menteri Pendidikan II bahawa bukti saya itu tidak lengkap menunjukkan bahawa Umno tidak bersedia untuk berdepan dengan isu ini," dakwanya lagi.

0 Komentar untuk "Dua bekas Adun didakwa monopoli UiTM Jasin"