KUCHING - Bekas pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, yang menderita akibat barah otak sejak tahun lepas, meninggal dunia di Sibu, malam ini.
Pengerusi DAP negeri Chong Chien Jen, mengesahkan berita kematian Wong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, ketika dihubungi Bernama.
"Wong meninggal kira-kira jam 11 malam tadi. Ini saja yang dapat saya beritahu, maklumat lanjut sila berhubung dengan keluarga beliau," katanya yang juga ADUN Kota Sentosa.
Wong, 54, bekas Ahli Parlimen Sibu, meninggalkan isteri Irene Chang dan lima orang anak.
Mendiang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada awal tahun ini sebelum dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Rajang di Sibu. - Bernama

0 Komentar untuk "Adun Bukit Assek meninggal dunia"