KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap sistem pendidikan negara yang dikatakan tidak memuaskan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, mutu pendidikan yang rendah itu bukan perkara baharu sambil menegaskan pihaknya telah melakukan pelbagai insiatif bagi mengatasinya.
"Kita beri penekanan kepada High Order Thinking Skills dan pelbagai tindakan lain yang sedang diambil oleh kementerian untuk mengatasi kelemahan sistem pendidikan negara.
"Ia bukan perkara baharu, kita sedar sepenuhnya kelemahan itu dan kita sedang mengatasi isu tersebut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Antara wakil Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah pada Sabtu lalu yang mengatakan sistem pendidikan negara lemah sehingga menarik perhatian dunia.
Menurut veteran Umno itu, selain Bank Dunia pada Mac 2014 melaporkan kebimbangan terhadap mutu pendidikan negara yang rendah, penilaian sama turut diterjemahkan oleh International Standard (PISA, TIMSS).
Mengulas lanjut, Idris menambah, antara inisiatif kementerian termasuk program pembangunan dengan melatih 40,000 guru dalam Cambridge Placement Test untuk penguasaan bahasa Inggeris.
"Kita juga menyediakan 100 jurucakap dari luar negara untuk mengajar guru-guru kita dalam bahasa Inggeris.
"100 jurucakap itu merupakan tenaga mahir daripada program Bright English Assistant yang didatangkan khas ketika lawatan presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia bulan lalu," katanya lagi.

0 Komentar untuk "PPPM baiki kelemahan pendidikan negara"