Pelajar Tingkatan 2 Jadi Mangsa Rogol Lebih 30 Lelaki - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Pelajar Tingkatan 2 Jadi Mangsa Rogol Lebih 30 Lelaki


PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang keluar untuk bertemu rakan perempuannya dipercayai menjadi mangsa rogol berkumpulan oleh lebih 30 lelaki di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan pada malam Selasa lalu.
Sumber polis berkata, seorang rakan telah meminta pelajar Tingkatan 2 dari Guchil, Kuala Krai itu untuk mengambilnya di Ketereh.
Mangsa kemudiannya menghubungi rakan lelakinya untuk membawanya ke Ketereh yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Kuala Krai.
Sumber berkata, selepas mengambil rakan mangsa di Ketereh, sahabat lelakinya membawa mereka ke sebuah rumah kosong di Ketereh untuk berehat.
Sebelum meninggalkan rumah tersebut, mereka telah ditahan oleh seorang lelaki.
Selepas itu, sekurang-kurangnya 40 lelaki masuk ke rumah kosong tersebut dan membawa dua remaja perempuan itu ke dalam sebuah bilik dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.
Tidak dapat dipastikan sama ada rakan mangsa turut dirogol kerana dia belum membuat sebarang laporan polis berhubung insiden itu.
Mangsa, yang pengsan selepas diperkosa sekumpulan lelaki itu tersedar pada keesokan harinya dengan mengadu sakit dibahagian kemaluannya.
Menurut sumber, mangsa yang takut untuk memberitahu kedua-dua ibu bapanya mengenai insiden itu, tinggal di rumah saudara teman lelakinya sehingga 24 Mei lalu.
Selepas itu barulah mangsa memaklumkan kepada bapanya di Kuala Krai mengenai insiden tersebut.
“Apabila di pulang ke rumah pada Ahad, mangsa dibawa ke hospital Kuala Krai kerana kemaluanya mengalami pendarahan yang teruk,” kata sumber.
Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis mengenai insiden tersebut pada hari yang sama.
Sumber berkata kes tersebut masih dalam siasatan polis.
0 Komentar untuk "Pelajar Tingkatan 2 Jadi Mangsa Rogol Lebih 30 Lelaki"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI