KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Kelantan berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan rakan sekutunya, DAP dan PKR dalam memberi penjelasan tentang hasratnya melaksanakan hukum hudud di negeri itu.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata walaupun secara dasarnya DAP dan PKR tidak bersetuju tentang hasrat mereka, namun reaksi yang ditunjukkan oleh wakil parti masing-masing positif.
"Daripada apa yang kita jelaskan, pada pandangan saya, dalam hati kita tidak tahu, respon mereka positif dan faham apa yang kita hendak buat walaupun secara dasarnya mereka tidak bersetuju, kita hormati tapi mereka memahami pendirian dan keputusan kita (Pas-Kelantan).
"Hudud adalah antara agenda di Kelantan dan telah diluluskan pada 1993, lebih awal dari pembentukan PR, jadi kita hanya meneruskan apa yang ada saja," katanya kepada pemberita di pekarangan Pejabat Agung Pas, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut mesyuarat khas majlis setiausaha agung PR hari ini mengenai penjelasan Pas Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan mengenai hasrat mereka untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Pertemuan tertutup hampir tiga jam itu adalah inisiatif Pas untuk menjelaskan dan memberi kefahaman tentang hasratnya kepada semua pihak termasuk rakan sekutunya, DAP dan PKR.
DAP diwakili Pengarah Pendidikan Politiknya, Liew Chin Tong; Timbalan Setiausaha Agung, Ngeh Khoo Ham; Naib Pengerusi, Teresa Kok Suh Sim dan Pengarah Strategi, Ong Kian Ming.
PKR pula diwakili oleh Naib Presidennya, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah manakala Kerajaan Negeri Kelantan pula dihadiri oleh Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob; timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Exco Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Dalam pada itu, Mohd Amar menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin semalam untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal mengenai hukum hudud.
"Kita menyambut baik cadangan Umno untuk mewujudkan jawatankuasa teknikal itu dan saya mencadangkan kalau boleh biar ada wakil kerajaan negeri kelantan bersama jawtankuasa itu," katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Amar menambah pihak sedia memberikan penjelasan lanjut mengenai hukum hudud jika diperlukan oleh mana-mana pihak.
"Jika ada pihak yang masih lagi memerlukan penjelasan lanjut, kita bersedia bukan hanya untuk PR tetapi untuk wakil rakyat BN, siapa saja termasuk MCA di mana saja kita akan jelaskan supaya mereka boleh memahami.
"Soal dia setuju atau tidak, itu hak masing-masing, kita pun tidak boleh paksa kepada orang lain," katanya lagi.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang ditemui turut menyatakan kepuasan hatinya pada sesi penjelasan itu sambil mengakui masih banyak penerangan perlu dibuat.
"Hak masing-masing untuk menerima (hudud) bagi kita buat penjelasan dan pertemuan sangat baik ia perlu dibuat secara meluas ke semua peringkat termasuk rakyat," katanya.
"Saya juga tengok MCA keluar BN laa pula, kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, MCA boleh keluar dari BN, sekarang kita tengok respon mereka dulu," katanya.
Ketika ditanya tentang kekurangan undi Ahli Parlimen BN beragama Islam dan Pas untuk menyokong rang undang-undang persendirian Kelantan mengenai hudud, beliau berkata pihaknya hanya mengikut proses demokrasi dan ia tidak menyalahi Perlembagaan.
"Dalam sistem demokrasi, kita harus menghormati sistem yang ada, bukan kita langgar peraturan.
"Terpulanglah ada ahli Parlimen yang menyokong, ada yang tidak menyokong, itu hak peribadi, bagi kita usul itu akan kita bawa," katanya lagi.

0 Komentar untuk "Pas, Kelantan puas hati penjelasan hudud"