Muzakarah: Pas Johor sokong saranan Hadi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Muzakarah: Pas Johor sokong saranan Hadi

SENAI - Pas Johor menyokong sepenuhnya saranan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan muzakarah bersama Umno bagi membantu pelaksanaan pemerintahan Islam di negara ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Zulkefly Ahmad berkata, muzakarah berkenaan bertujuan membantu Umno selaku parti pemerintah dalam melaksanakan pemerintahan Islam di negara ini memandangkan Pas mempunyai pelbagai kepakaran dalam konteks itu.

“Bagi memastikan perjuangan ini berjaya kita bersedia untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja bukan hanya Umno.

“Ia kerana, kita mempunyai pelbagai kepakaran misalnya dalam membantu Umno menggubal enakmen syariah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, beliau menegaskan kesediaan mengadakan muzakarah itu tidak bermaksud parti itu bersedia untuk bersatu dengan Umno dan mengkhianati DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Jelasnya, perbincangan hanya membabitkan kepentingan pelaksanaan pemerintahan Islam di Malaysia.

“Sebagai parti pemerintah, Umno seharusnya menyambut baik saranan ini dan jika mereka benar-benar ikhlas dalam melaksanakan pemerintahan Islam,” katanya.

Zulkefly berkata, saranan muzakarah itu juga susulan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat yang diperkenal oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di negara itu sejak Oktober lalu.

Tambahnya, sudah tiba masa untuk Malaysia melaksanakan pemerintahan Islam bukan hanya di Kelantan tetapi di seluruh negara.

Terdahulu, Abdul Hadi dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Pas ke-59 menyatakan kesediaan bermuzakarah bersama Umno jika parti itu bersungguh-sungguh melaksanakan Islam berasaskan ajaran Islam.

http://www.sinarharian.com.my/muzakarah-pas-johor-sokong-saranan-hadi-1.224585
0 Komentar untuk "Muzakarah: Pas Johor sokong saranan Hadi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI