Rindu gelombang Hijau Kuning - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Rindu gelombang Hijau Kuning

http://www.sinarharian.com.my/rindu-gelombang-hijau-kuning-1.195111

Mohd Khyril Muhymeen Zambri Mohd Khyril Muhymeen Zambri


KEMENANGAN sudah pasti menjadi sasaran skuad Kedah dalam misi mengutip tiga mata penuh berdepan
Perak di Stadium Darul Aman, malam ini.

Namun, penyerangnya, Mohd Khyril Muhymeen Zambri lebih mengutamakan seluruh penyokong setia Hijau Kuning memenuhi segenap ruang dalam stadium bagi membakar semangat mereka.

"Kami terlalu merindui gelombang hijau kuning di stadium. Mudah-mudahan kehadiran penyokong mampu memberikan kami tonik tambahan," katanya.

Sementara itu, Khyril tidak kisah siapa yang akan menjaringkan gol pada pertemuan nanti kerana perkara mustahak adalah kejayaan pasukan.

"Saya akan cuba memberikan yang terbaik dalam mencipta jaringan serta ingin membantu rakan gandingan. Pada masa sama, saya punyai sasaran peribadi iaitu mengatasi jumlah gol pada tahun lalu," katanya.

Begitu pun, Khyril akui skuad kendalian Azraai Khor Abdullah itu miliki pemain hebat tapi itu bukan penghalang buat mereka mempamerkan prestasi terbaik menjelang aksi kedua peringkat Kumpulan D nanti.

0 Komentar untuk "Rindu gelombang Hijau Kuning"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI