• Kenari mahu terbang tinggiNelson perlu menggunakan kelebihan sepakan percuma dimiliki bagi mengutip mata penuh.
 1 / 1 
MEMBAWA pulang satu mata ketika beraksi di Stadium Jalan Besar membuktikan status sebagai pasukan Liga Premier tidak merendahkan semangat juang Kedah untuk melakukan kejutan ke atas Juara Liga Super, Lions XII.

Bangkit dua kali mengikat kedudukan 2-2 membuktikan nafsu serangan Kenari semakin garang dan tidak mudah menyerah kalah sehingga ke wisel penamat.

JELAS

Biarpun aksi permainan Kenari sedikit longgar berbanding lawan, namun bermain di atas padang tiruan yang sinonim dengan corak pantas tuan rumah bukan satu halangan buat Kedah.

Malah usaha pemain bangkit dengan corak persembahan menyakinkan serta aksi menyerang ternyata memerangkap lawan biarpun ketinggalan pada awal perlawanan.

Jelas ramuan yang dibawa oleh pengendali sementara, Datuk Ahmad Shafie bersama pembantunya, Antonio Sisic menjadi bahkan amaran mereka agar pasukan lain tidak memandang rendah dengan keupayaan sebenar Hijau
Kuning dipandang sepi oleh lawan.

Keyakinan dan kebangkitan Hijau Kuning sudah pasti semakin meningkat menjelang pertemuan kedua bertemu pasukan Liga Super, Perak pada malam ini di Stadium Darul Aman.

MODAL

Perak mendapat suntikan motivasi selepas menjinakkan Juara Liga Premier, Sarawak 2-1 sekaligus memecahkan rekod tanpa tewas Bujang Senang pastinya mengimpikan tiga mata penuh untuk terus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan.
Pengendali Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah pasti risau dengan kegamatan Darul Aman, stadium keramat yang mampu melumpuhkan semangat anak didiknya jika semua bangku penonton dipenuhi penyokong setia Hijau Kuning.
REKOD
Sejarah membuktikan sebelum ini, Hijau Kuning berjaya bangkit mengatasi pasukan besar seperti Kelantan, Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor.

Kebangkitan Kenari semakin dirasai oleh semua penyokong setia yang pastinya mahu terus melihat aksi larian deras Khyril Muhymeen, tandukan pantas Alen Guc, umpanan cantik Baddrol Bakhtiar dan sepakan percuma terbaik Nelson Sam Martin di dalam melumpuhkan lawan di laman sendiri!
Bangkit Kenari bangkit, musnahkan lawanmu!