http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PASbantahlangkahJohor/Article
Kuala Lumpur: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, tidak bersetuju dengan keputusan Kerajaan Johor mahu merobohkan surau di Tanjung Sutera Resort, Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor.
“Saya berpendapat surau itu tidak sepatutnya dirobohkan. Jika kiblatnya salah, kita perlu perbetulkan dan jika ia tidak berdaftar, daftarkan surau itu. Keputusan merobohkannya tidak munasabah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini semalam.
Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengambil tindakan terhadap pemilik resort itu, Syed Ahmed Salim Alkaff, 45, dengan menarik balik taraf Pemastautin Tetap (PR) warga Singapura berkenaan.
Saya berpendapat surau itu tidak sepatutnya dirobohkan. Jika kiblatnya salah, kita perlu perbetulkan dan jika ia tidak berdaftar, daftarkan surau itu. Keputusan merobohkannya tidak munasabah” Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS
Wajar dihukum
“Pemilik resort itu sememangnya wajar dihukum dan taraf PR juga sudah ditarik,” katanya.
Tindakan pengurusan resort berkenaan membenarkan surau di pusat peranginan terbabit digunakan sekumpulan penganut Buddha untuk menjalankan upacara keagamaan mereka, dimuat naik di laman YouTube pada 10 Ogos lalu.
Perkara meragukan
Susulan itu, penduduk setempat dan pelbagai pertubuhan membuat laporan polis meminta kes berkenaan disiasat dan pemilik resort terbabit dikenakan tindakan tegas. Siasatan pihak berkuasa agama juga menemui banyak perkara meragukan di surau berkenaan.
Syed Ahmad ditahan polis Isnin lalu dan disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan tindakan membinasakan, merosakkan atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan orang.
Berikutan kes itu juga, KDN bertindak menarik balik taraf PR lelaki berkenaan.

0 Komentar untuk "PAS bantah langkah Johor robohkan surau"