Kenyataan DR M kepada Pak Lah, hanya gimik politik - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kenyataan DR M kepada Pak Lah, hanya gimik politik

http://www.sinarharian.com.my/kenyataan-dr-m-kepada-pak-lah-hanya-gimik-politik-1.195278


SHAH ALAM- Tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang membuat kenyataan balas berhubung pernyataan penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dimuatkan dalam buku The Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia sekadar gimik politik.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani bagaimanapun berkata, kenyataan Tun Mahathir itu bukan untuk mengajak ‘bergaduh’ sebaliknya normal bagi menjawab kenyataan Abdullah.

“Kenyataan balas Tun Mahathir tidak akan beri kesan apa pun, itu saya anggapnya sebagai lebih kepada gimik politik.

“Kalau mahu bercakap soal hubungan mereka, kita sedia maklum yang mereka berdua memang tidak sebulu,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Tun Mahathir dilaporkan mengulas temu ramah Tun Abdullah secara sinis mempertahankan tindakannya yang disifatkan Abdullah sebagai boros.

Abdullah dalam buku tersebut menyatakan jika beliau mengikut tekanan yang diberikan Mahathir ketika itu beliau membayangkan negara akan bankrap.

Bagaimanapun Mahathir yang tampil menjawab kenyataan itu menyatakan beliau ‘boros’ dengan duit kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan projek-projek mega lain.

Mengulas lanjut, katanya, jawapan Mahathir itu adalah perkara biasa bagi seorang tokoh sepertinya bagi mempertahankan ‘empayar’ semasa pentadbirannya.

“Apa yang berlaku itu normal sebagai orang politik, Mahathir juga seperti orang lain, jika ada kenyataan seperti itu, pastinya beliau akan menjawab.

“Begitu juga dengan Abdullah yang pastinya memberitahu apa yang beliau lakukan kepada negara, masing-masing mempertahankan apa yang mereka lakukan,” ujarnya.
0 Komentar untuk "Kenyataan DR M kepada Pak Lah, hanya gimik politik"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI