http://www.sinarharian.com.my/politik/prk-kempen-tamat-che-long-harap-menang-1.186030
BESUT - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut yang dinantikan oleh semua terutamanya parti-parti politik telah bermula hari ini.
Walaupun tidak sebesar PRU13, namun kemeriahannya turut dirasai bagi sesiapa sahaja yang menelusuri jalan-jalan di sekitar Kuala Besut.
Pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu yang menjadi pusat mengundi calon Pas, Azlan@Endot Yusof yang dilihat hadir ke kawasan ini untuk membuang undi pada 7.45 pagi.
"Saya berpuas hati dengan kerja-kerja kita (sepanjang kempen). Apa pun kemenangan berpihak kepada kita,
"Bagaimanapun penentuan siapa menjadi calon adalah daripada pilihan pengundi. Keyakinan dalam hati tetapi semuanya kerja ALLAH, " katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Dalam perkembangan yang sama, dari pemantauan Sinar Harian Online kedua-dua penyokong parti turut berdiri sebelah menyebelah dalam usaha meraih undi.
Selain itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut membuat kunjungan ke pusat mengundi tersebut pada jam 8.45 pagi.
"Alhamdulillah setakat ini aman tiada kekecohan berlaku, saya harap penyokong kedua-dua belah pihak tidak melakukan provokasi dan mengundi secara aman.
"Insya-ALLAH BN mampu pertahan kerusi Dun Kuala Besut," katanya.
Pusat mengundi turut menempatkan kira-kira 100 pasukan keselamatan untuk mengawal keadaan di situ.

0 Komentar untuk "PRK: Kempen tamat, Che Long harap menang"