Menjawab Penjelasan disebalik kupasan membela KUIN..!!! - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Menjawab Penjelasan disebalik kupasan membela KUIN..!!!

http://www.kedahlanie.info/2013/07/menjawab-penjelasan-disebalik-kupasan.html

Assalamualaikum...

Disini saya ingin menjawab apa yang dituliskan oleh sahabat IT.. jawapan saya yang berwarna MERAH... yg benar JACK MMK

Penjelasan disebalik apa yang berlaku dalam KUIN sejak dua menjak ini.... 

Assalamualaikum

Saudara blogger...Cadangnya saya malas nak menulis isu KUIN terutamanya di bulan puasa ni. Saya tak mahu menulis kerana dalam keadaan marah, apa saja ayat-ayat yang tidak berkenaan  timbul dan boleh mengurangkan pahala puasa saya. Tetapi setelah banyak pihak yang menyerang KUIN terutamanya Ustaz Azki, saya terpaksa memberatkan tangan menaip apa yang patut dalam mempertahankan KUIN dan warganya. Terlalu banyak ayat-ayat yang ditulis dalam blog adalah fitnah semata-mata dan bertujuan untuk menyerang pentadbiran baru Kerajaan Negeri Kedah. Sangkaan saya, semua fitnah ini akan berhenti sejurus selepas bermulanya puasa Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya, namun semakin kita menghampiri kemuncak Ramadhan yang mulia, lagi banyak fitnah yang ditaburkan terutamanya kepada Ustaz Azki dan seluruh Gerakan Bersih KUIN. Nampaknya di bulan yang mulia ini tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang suka manabur fitnah kepada KUIN. Puasa hanya membolehkan lapar, dahaga dan dosa sahaja. Saya akan menerangkan satu persatu isu yang telah di fitnahkan kepada KUIN.

Jangan berselindung di sebalik Islam atas tindakan2 yang zalim ini. Bagaimana kakitangan Insaniah Holdings bolih berdiam diri kerana mereka tidak di bayar gaji sejak Mei , bukan ini satu kezaliman terhadap mereka kerana segala khidmat mereka di abaikan pihak pentadbir Insaniah sekarang hanya dengan memberi alasan Insaniah Holdings bukan di bawah kelolaan mereka sedangkan semua pemegang sahamnya dan pengarahnya terdiri dari pihak Insaniah pusat termasuk pejabat Menteri Besar. 


Bukan kah pensyarah-pensyarah dan kakitanagn seramai 300 orang itu manusia yang mencari rezeki, sekira ada sedikit ihsan di hati para pentadbir Insaniah, mereka mesti di bayarkan gaji mereka secara baik dan sekira merka tidak di perlukan, sila gunakan cara bertammaddun dengan memberi notis berhenti kerja atau memberi pampasan seperti semua amalan yang di buat olih industri yang berdasarkan keadilan – itu yang Islam ajar kita!. Apa gunanya puasa anda sekelian kerana berdiam diri dan membiarkan kezaliman ini berterusan. 

Memang pada dasarnya sudah dinyatakan dengan menggunakan Islam sebagai topeng tindakan2 yang zalaim dijustifikasi dengan alasan2 tidak munasabah. Yuran pelajar dikaut keseluruhannya tetapi gaji pensyarah dan pengendali di sekat. Dihadapan Allah juga kamu perlu memberi jawapan segala kesusahan dan kesulitan kaum keluarga mereka termasuk anak2 kecil dan ibu-ibu yang memerlukan wang untuk saraan hidup keluarga mereka. Pertelingkahan anda dan pihak pentadbir dahulu bukan salah mereka.

1. Isu Kampus Kuala Ketil (KKK)

Umumnya semua mengetahui bahawa kampus ini merupakan projek Kerajaan Negeri PR Kedah terdahulu pimpinan Ustaz  Azizan Abdul Razak. Projek yang menelan belanja hampir RM330 juta pada awalnya merangkumi prasarana asrama dan masjid. Namun apabila siap, kedua-dua kemudahan ini tidak ada. Tak mengapa, mungkin kos bahan binaan yang tinggi menyebabkan ada perkara yang perlu di ubah di saat-saat akhir. Tetapi isunya sekarang selepas siapnya pembinaan kampus ini (kononnya siap), bermulalah episod demi episod yang menyesakkan warga KUIN. Walaupun kedua-dua kemudahan ini belum siap, perpindahan secara tergesa-gesa ke KKK sebelum pilihanraya seolah-olah ada unsur politik di sini. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya masalah penempatan asrama kepada para pelajar KUIN dan pentadbiran terpaksa mencari kemudahan  asrama yang lain. Tidakkah ini menyusahkan para pelajar, pihak pentadbiran dan ibubapa. Sepatutnya, Kerajaan Negeri terdahulu menangguhkan perpindahan pelajar ke KKK sehingga kampus ini benar-benar siap. Mengapa ada pihak yang sanggup mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDA dalam merasmikan sebuah kampus yang belum siap sepenuhnya? Ini secara tidak langsung telah mencemar nama baik Baginda yang sangat kita sayangi dan sanjungi. Ampun Tuanku.

Siapa yang mencemar Duli Tuanku, kalau bukan pihak2 yang menaburkan fitnah2 mereka melalui Squad Bersih yang diterajui seorang Ustaz yang faham agama tetapi diwaktu sama mencanangkan penyelewengan dan memfitnah pentadbiran lama, Biarlah pihak berwajib menentukan sekira ada penyelewengan atau sebalik nya, bukan anda yang menjatuhkan hukum.  Bukan kah pihak SPRM sudah bebrapa kali berulang alik, kalau ada kesalahan sudah lama ia di hadapkan ke mahkamah keadilan tetapi ternyata sehingga hari ini kita tidak dengar apa-apa yang salah terbukti atau segala tuduhan itu hanya rekaan dan spin pihak2 tertentu. Dimana mana pun projek universiti dan pendidikan memerlukan dana dan keuntungan tidak dapat sekelip mata, mereka ada perancangan pembianan asrama dan masjid, tetapi disebabkan dana yang tidak mengizinkan, ia terpaksa ditangguhkan, itu pun setelah sudah ada persetujuan awal dengan pihak kontraktor Taman Insaniah di sebelah kampus. Mungkin campur tangan politik jua yang mengagalkan perancangan itu kerana ia bukan berasal dari lubuk UMNO BN. Walahua’lam. 

Selain dari itu,  dalam pembinaan KKK ini,  kerajaan negeri terdahulu telah berhutang bank. Anggaran kos yang diperlukan untuk membayar hutang tersebut adalah sebanyak RM48 juta setahun selama 15 tahun. Ini belum termasuk belanja mengurus sebanyak RM20 setahun dan penyelenggaraan kampus sebanyak hampir RM4 juta setahun (api, air, potong rumput, syiling jatuh ka, aircond tersumbat ka,upah jaga kolam ayaq dan sebagainya). Jika dijumlahkan kesemuanya hampir RM72 juta dalam setahun dan dijumlahkan selama 15 tahun??? Hampir satu billion diperlukan!!! Tidakkah ini akan membebankan kerajaan negeri sedia ada. Berapa banyak rakyat yang boleh dibantu dengan jumlah yang sebesar ini? Percayalah sekiranya semua pelajar KUIN di Mergong berpindah ke KKK, yuran pelajar pasti akan dinaikkan sebanyak 300% kerana untuk membiayai sebuah kampus yang besar ini, jumlah dana yang sangat banyak diperlukan. Sememangnya KUIN memerlukan sebuah kampus yang selesa tetapi belum masanya ianya memiliki kampus sebesar ini. Para pelajar yang tidak berpuas hati dengan tidakkan kerajaan baru ini akan meninggalkan KUIN setelah tamat pengajian nanti. Tetapi bagaimana pula para pelajar baru selepas ini? Sudah tentulah mereka akan terbeban dengan hutang pelajaran yang berlipat kali ganda. Fikirlah dulu sebelum membuat tindakan kerana bukan sahaja anda yang rugi, malah adik-adik anda yang bakal mendaftarkan diri ke KUIN juga akan rasa bahangnya. Jangan terlalu emosi ketika membicarakan isu KKK ini sehinggakan mengabaikan pelajaran anda. Kampus Mergong pun kita tidak mampu berdikari, bagaimana pula untuk mengurus sebuah kampus besar seperti di KKK. Tindakan kerajaan negeri pada hari ini sangatlah tepat demi untuk mengurangkan kos operasi KUIN.

Pulangan kewangaan sesebuah universiti bukan bolih dizahirkan pada masa singkat tetapi ia memerlukan masa, selama ini nama Insaniah yang baik selama ini dicemarkan olih pihak2 squad Bersih, bukan kah itu satu tindakan sabotaj kepada Universiti sendiri olih pendokong squad tersebut yang mereka menerima gaji. Masa untuk membina kampus Kuala Ketil memang tepat kerana dari segi peluang2 mendapatkan pelajar2 luar negara terutama dari negara arab sangat baik memandang Malaysia sebuah negara aman dan ‘Islam friendly”.  Sampai bila perlu menunggu sehingga kampus bolih di bina atau gunakan, bukan kah tindakan pentadbir Kedah terdahulu mempunyai wawasan yang jelas kearah memajukan pendidikkan berteras Islam di negeri Kedah! Dengan sokongan rakyat Kedah sudah tentu Insaniah akan menjadi kebangaan negara. Didalam dunia ekonomi sesebuah syarikat atau intituisi swasta tentunya akan berjalan dengan kerugian pada awalnya tetapi jangka masa panjangnya akan memberi keuntungan dan mengharumkan nama negeri. Pada scala yang paling teruk pun ganjaran yang menanti adalah sangat besar kerana ia merupakan amalan jariah dan amalan ibadat kerana pendidikan dan pelajaran yang selari dengan kaedah Islam merupakan dakwah yang akan dibawa sebagai bekalan di akhirat. Mengapakah tiada lansung pertimbangan amalan jariah ini, mengapa ia mesti diukur dengan wang ringgit. Ini kan menunjukkan wasasan pentadbir Kedah sekarang hanya materialistik tidak berasas kepada landasan taqwa dan iman. Walaupun mereka yang menetang visi ini berkopiah dan digelar Haji, Ustaz, Professor atau sebaliknya.


2. Pemecatan Dato’ Latifah sebagai Pendaftar KUIN

Zulya dalam blognya baru-baru ini mempertikaikan pemecatan Dato’ Hajah Latifah Hassan secara serta merta dan dianggap zalim. Tetapi persoalannya, mengapa pada ketika En. Najib (Pendaftar sebelum ini) ditamatkan perkhidmatan ketika Jamil berkuasa, Zulya tidak mengulas isu ini dan menyatakan kerajaan terdahulu bertindak zalim kepada kakitangan KUIN. Mengapa pada hari ini berkokok seolah-olah ayam jantan kehilangan  ayam betina dengan menyatakan kerajaan sedia ada zalim dan menyingkirkan mana-mana individu yang mereka anggap tidak sehaluan dalam pentadbiran? Yang peliknya, En. Najib pada ketika itu berumur 58 tahun manakala Dato’ Hajah  Latifah berumur dalam lingkungan 60-an. Mengapa En. Najib diberhentikan dengan alasan sudah mencapai tahap umur pencen. Bagaimana pula dengan umur Dato’ Hajah Latifah??? Pelik bukan?? Tambahan pula En . Najib telah berkhidmat di KUIN melebihi 15 tahun dan mengetahui isu KUIN dari segenap sudut. Manakala Dato’ Hajah Latifah masih terkial-kial dalam memberi setiap respon berkenaan isu KUIN. Adilkah kenyataan yang dibuat oleh Zulya kepada kerajaan negeri hari ini  yang dianggap zalim? Alangkah indahnya Zulya ketika menjadi Ketua Penerangan  suatu ketika dulu mengulas isu KUIN ini dengan jelas dan terang tanpa ada apa-apa agenda.

Mengapa dikatakan zalim kalau alasan diberhentikan kerana beliau pernah berkhidmat dengan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, apa kaitan nya politik dan pendidikan. Ini bukan lah fitnah, ini dinyatakan sendiri olih Dr Latifah sekira anda tahu atau buat-buat tak tahu. Tindakan apa yang Dr Latifah lakukan yang memberi justifikasi dia di berhentikan? Kalau bukan hanya berdasarkan dendam politik dan dendam peribadi Pemangku Rektor ketika itu. Allah swt sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di hati-hati anda sekelian yang ingin menegakkan benang yang basah. Satu lagi, apa kaitan umur didalam konteks isu Insaniah, masih ramai lagi contoh2 yang tidak di sebut, pemecatan Ustaz ghani Shamsuddin, apa kesalahan beliau selaian beliau pejuang dan pendakwah di prasada negara, bukan kah pihak squad Bersih juga yang menfitnah beliau sebagai syiah sehingga pelajar2 tidak mahu menjadi makmum di belakang beliau. Atas dasar apa pihak2 yang di pelopori Ustaz Askee bolih melabelkan sesaorang syiah dan sebagainya. Mengapa anda tidak menegur Ustaz Askee, ia satu fitnah dan bersediakah beliau menjawab soalan atas fitnah ini di hadapan Allah s.w.t.


3. Gaji Insaniah Holding Sdn. Bhd. (IHSB)

Terdapat banyak pihak menyatakan kerajaan negeri pada hari ini tidak membayar gaji pekerja IHSB. Persoalan diatas, atas dasar apakah gaji mereka ini perlu dibayar oleh kerajaan yang sedia ada. Sebelum berhujah berkenaan isu ini, IHSB perlulah membentangkan penyata kewangan mereka selama 4 tahun beroperasi. Apa yang telah dibuat? Setakat mana kejayaan yang telah mereka capai. Berapakah keuntungan dan kerugian yang telah dicatatkan? Tunjukkan dahulu siapa ahli lembaga pengarah IHSB. Selepas semua ini selesai, barulah boleh menyatakan bahawa KUIN tidak membayar gaji anda. Ini kerana gaji yang dibayar kepada IHSB adalah wang rakyat yang perlu dijaga dengan telus dan tulus. Tahukah pembaca sekalian, seramai 26 orang pekerja bawahan IHSB telah diserap masuk ke KUIN dengan gred jawatan N1/R1 dan sebagainya. Tahukah anda bahawa seluruh kakitangan Kulliyyah Hospitaliti dan Perkhidmatan Halal termasuk dapur, kuali, senduk, tong gas, tong sampah yang dahulunya di bawah IHSB diserap ke KUIN? Tahukah anda seramai 10 orang pensyarah  Kulliyyah Multimedia diserap masuk ke KUIN dengan melalui proses temuduga yang betul dan telus tanpa menggunakan kroni ? Mengapa tidak didedahkan semua ini? Adakah kerajaan hari ini bertindak zalim??? Jangan salahkan kerajaan yang ada hari ini, tetapi salahkan kerajaan yang meluluskan penubuhan IHSB tanpa perancangan yang betul dan rapi. Ini bukan soal balas dendam politik seperti diwar-warkan banyak pihak.
Atas dasar apa? Gaji mereka terutama pensyarah perlu di bayar Insaniah kerana semua yuran yang diterima Bendahari dari PTPTN disimpan. Bukan kah mereka adalah pengendali kepada perkhidmatan dan kulliyyah di bawah Holdings, bukan kah Holdings di punyai olih Insaniah, mengapa diasingkan. Bagaimana nak mengukur kejayaan Holdings, kan Kulliyyah seperti Medic baharu ditubuhkan, prasarana Medic memang tinggi, untuk mendapat pensyarah kedoktoran medic mana ada yang bergaji 15ribu kebawah,  siapa yang mahu berkerja dengan universiti yang memnbayar dgn gaji rendah. Ia mengikut pasaran, tidakkan kamu sekelian ada mempelajari atau mempunyai fahaman tentang persaingan industri “Competitive Edge” sesebuah industri. Kulliyyah Multimedia di dalam laporan audit menjana keuntungan dan bukan kerugian dari tahu kedua ia di lancarkan, Sudah 2 atau 3 kali pelajar nya sudah graduate, ada yang telah berkerja di syarikat2 bear seperti TV alhijrah, syarikat produksi terkenal dan Instituisi ternama, pernah kah dapat diimpikan sebelum ini kalau bukan dengan misi dan visi Mantan Rektor dalam kemajuan pendidikan Insaniah. 10 orang pensyarah yang diserapkan itu pun tidak akan dapat memenuhi kepakaran yang berbagai dalam Multimedia dan Krativiti, dan adakah anada percaya mereka akan berada lama, dengan gaji yang diturunkan serta tanggong jawab yang perlu memenuhi seperti 22 pensyarah sebelum ini. Yang akan menjadi mangsa nanti para pelajar juga. . Sejak bila pula pemilihan pensyarah berdasarkan kroni. Adakah kerana seorang pensyarah itu anak mantan rektor, alasan itu cetek dan tidak bolih melambangkan kebijaksanaan, semua perlantikkan adalah berdasarkan merit dan temuduga semua di lakukan oilh jawantan kuasa yang di lantik sebelum ini, sila rujuk para pelajar adakah beliau di bawah prestasi atau sebaliknya, bukan kah ini dendam terhadap mantan Rektor? 

4. Status Badan Berkanun KUIN

Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi baru-baru ini dalam laporan akhbar Sinar Harian menyifatkan langkah KUIN menjadi badan berkanun sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan. Beliau turut menjelaskan bahawa ”taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri. Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan. Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu  ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri.” Ya benar pendapat beliau itu. Tetapi beliau kena ingat, tanpa tertakluk kepada peraturan kerajaanlah, KUIN semasa pemerintahan kerajaan terdahulu haru biru, kucar kacir dan tunggang langgang.  Pengambilan kroni yang berleluasa, pemberian gaji sehingga RM35 ribu sebulan  tanpa prosedur yang betul, penambahan kursus yang tiada langsung pelajar dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana keputusan yang dibuat tidak mengikut peraturan kerajaan negeri sehinggakan KUIN menjadi nyawa-nyawa ikan. Sekiranya menjadi syarikat korporat, sudah tentulah yuran boleh dinaikkan. Bagaimana pula dengan pelajar nanti yang terpaksa menanggung jumlah yuran yang begitu tinggi. Tidakkah status badan berkanun ini akan menyebabkan kakitangan KUIN terbela pada masa hadapan? Fikirlah sebelum membuat kenyataan seolah-oleh KUIN hebat pada zaman pemerintahan anda.

Pertama kali sebuah instituisi pendidikan di jadikan badan berkanun, apa ingat ini Felda ke? Guna akal yang waras memberi hujjah, apa yang dicita cita dengan sebuah badan berkanun? Yang menkucar kacirnya adalah kakitangan Kuin sendiri di bawah pengaroh squad bersih, mereka tidak melakukan tanggong jawab apabila bila berikan sehingga pentadbiran menjadi sedemikian, yang tahu tetap faham, yang tidak maaf cakap , cetek sangat kefahaman.


5. Pengambilan pelajar bulan Julai 2013 sebanyak 500 ++

Adilkah kerajaan negeri yang baru memegang tampuk pemerintahan selama 2 bulan dipersalahkan kerana kemasukan pelajar yang merosot? Trend penurunan jumlah pelajar ke KUIN  telah berlaku sebelum ini lagi. Cuba lihat contoh yang diberikan oleh blog merah (Julai intake 2010 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1900,Julai intake 2011 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri 1600, Julai intake 2012 - Bilangan pelajar mendaftarkan diri  900, Julai Intake 2013-Bilangan pelajar yang mendaftar diri 500 ). Tidak adil rasanya menyalahkan kerajaan yang ada pada hari ini. Berikan masa kepada PRO baru iaitu Ustaz Azki kerana pada zaman beliau menjadi PRO (sebelum 2009), KUIN terpaksa menolak permohonan pelajar kerana terlalu ramai ingin ke Universiti ini. Saya tidak mahu menyebut nama PRO sebelum ini yang gagal dalam mempromosikan KUIN ke luar. Biarlah pentadbiran baru merencanakan promosi yang akan dibuat.

“Bad publicity” - Sabotag yang dilakukan squad Bersih lah yang menyumbang kemerosotan ini. Selain itu kakitangan yang di pengaruhi Squad Bersih melakukan sabotag2 dengan pelbagai cara, Tuhan sahaja yang tahu, kalau nak di ceritakan banyak. Sejak intake 2012 squad bersih bermula dan demonstrasi yang sentiasa mendapat liputan2 media perdana menyumbangkan kemerosotan intake.

6. Penutupan Kulliyyah di KUIN

Untuk pengetahuan pembaca, ini merupakan satu pembohongan yang ketara. Fitnah yang tidak akan dimaafkan oleh seluruh warga KUIN. Sesiapa yang menabur fitnah ini, pasti akan mencari seluruh warga KUIN di Padang Masyhar nanti. Takutlah anda semua kepada Allah dengan perkara ini. Sebenar-benarnya sehingga kini, tidak berlaku langsung penutupan Kulliyyah seperti yang difitnahkan sebelum ini. Yang ada hanyalah penggabungan Kulliyyah  di bawah satu bumbung. Diantara kulliyyah yang digabungkan menjadi satu ialah Kulliyyah KTSM, Kejuruteraan dan Multimedia. Ketiga-tiga kulliyyah ini telah bersatu untuk mengurangkan kos operasi KUIN. Janganlah kita mengurangkan pahala apabila membuat fitnah di bulan yang mulia ini.

Memang penutupan dinafikan tetapi tindak tanduk yang berlaku sekarang memang menuju kearah itu. Pengabungan yang tidak masuk akal, tidak pernah satu kulliyyah yang didasarkan kepada sastera diletak di bawah Kulliyah sain, ada akal ke bila anda berhujjah. Tak payah sebut padang mashyar, kerana kata-kata itu tidak layak dari mulut kamu yang meredhai kezaliman. Bukankah ciptaan kamu kerana beribadat kepada Allah,  dan Allah melarang manusia dari melakukan kerosakkan. Apa yang lebih besar dari menyekat dan merosakkan ratusan keluarga dan insan2 dhaif. Memang kami takut kepada Allah, tetapi kami tidak akan meredhai segala kezaliman ini berterusan.

 Adalah diharapkan dengan penjelasan ini akan menjernihkan keadaan KUIN yang tidak putus-putus difitnah. Gerakan Bersih KUIN (GBK) akan terus menegur kepimpinan baru sekiranya berlaku ketidakadilan terhadap warganya. Berilah masa kepada kepimpinan baru dalam merencakan KUIN sebagai sebuah universiti tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia secara amnya. Seperti kata dari Ustaz Azki, GBK tidak pernah dibubarkan.Sekian, terima kasih.

-Apabila Insan Tulis Menulis-

*Sekiranya keadaan selepas ini tidak berubah, saya akan menulis pula berkenaan KHI dan pekeliling yang tidak digunapakai di dalam KUIN.
0 Komentar untuk "Menjawab Penjelasan disebalik kupasan membela KUIN..!!!"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI