http://mstar.com.my/berita/luar_negara/cerita.asp?file=/2013/7/11/mstar_luar_negara/20130710082315&sec=mstar_luar_negara
KAHERAH: Hazem El Beblawi, 76, seorang tokoh ekonomi yang dinamakan sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara Mesir.
Pengumuman itu secara langsung menamatkan kebuntuan politik mengenai peralihan kuasa selepas bekas Presiden Mohamed Morsi dijatuhkan tentera.
Pilihan raya Presiden dijangka dijalankan dalam tempoh enam bulan.
Hazem El Beblawi adalah pengasas Parti Sosial Demokratik, salah sebuah parti dalam barisan penyelamat kebangsaan.
Penyokong Ikhwanul Muslimin bagaimanapun tidak berpuas hati dan mengecam pelantikan beliau.
Mereka berpandangan kerajaan sementara tidak berhak mengumumkan deklarasi perlembagaan mengenai pelantikan kabinet.
0 Komentar untuk "Pakar Ekonomi PM Sementara Mesir"