http://www.sinarharian.com.my/global/mapim-krisis-mesir-platform-israel-serang-gaza-1.182125
SHAH ALAM - Rampasan kuasa di Mesir dilihat akan memberi ruang kepada Israel untuk melancarkan serangan ke atas Gaza memandangkan tanda-tandanya jelas kelihatan.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tanda-tanda itu termasuk persiapan tentera Israel di sempadan dan operasi tinjauan udara.
"Selain itu, baru-baru ini laporan media Israel secara terbuka mengatakan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Mohd Azmi berkata, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) wajar mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelak banyak lagi nyawa tidak berdosa menjadi korban akibat daripada penutupan sempadan Rafah ini.
Sempadan Rafah ditutup 3 Julai lalu oleh tentera Mesir ekoran krisis yang melanda negara itu.
Mengulas perkara sama, Mapim turut mengecam tindakan Mesir menutup sempadan Rafah kerana ia akan mengancam kelangsungan hidup penduduk Gaza.
Mohd Azmi menambah, sejak pintu sempadan Rafah telah ditutup hampir seminggu lalu, ia telah menyukarkan hidup penduduk Gaza.
“Sempadan Rafah merupakan sumber pembekalan asas seharian yang masih sukar diperolehi seperti makanan, air bersih, ubat-ubatan, peralatan rawatan dan minyak.
“Penutupan pintu Rafah sejak 3 Julai lalu adalah atas arahan tentera Mesir telah menghalang keluar masuk barang dan manusia dari Mesir ke Gaza.
"Tindakan ini telah mendedahkan penduduk Rafah kepada keperitan dan penderitaan yang lebih teruk,” katanya.
Justeru itu, Mohd Azmi mengesa agensi antarabangsa agar mendesak pihak berkuasa Mesir membuka sempadan Rafah untuk mengelak Gaza sekali lagi menjadi medan penjara terbuka.
“Kepada seluruh komuniti antarabangsa, penutupan Rafah sebagai satu-satunya jalan keluar masuk Gaza ke dunia luar.
"Penutupan ini adalah proses pemangsaan ke atas Gaza dan juga membuktikan kolaborasi antara Mesir dan Israel,” katanya.
Dalam pada itu beliau turut meluahkan kekecewaan apabila puak Fatah telah mengguna kesempatan sempadan Rafah yang ditutup dengan propaganda untuk menghasut penduduk Gaza menolak kerajaan Hamas.
“ Ini adalah sangat memalukan orang Palestin dan satu penghinaan yang berniat jahat untuk mengambil alih Gaza,”katanya.

0 Komentar untuk "Mapim: Krisis Mesir platform Israel serang Gaza"