7 PERKARA FOBIA ORANG MELAYU BILA SEBUT SIMPANAN EMAS FIZIKAL - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

7 PERKARA FOBIA ORANG MELAYU BILA SEBUT SIMPANAN EMAS FIZIKAL

7 PERKARA FOBIA ORANG MELAYU BILA SEBUT SIMPANAN EMAS FIZIKAL

Nukilan di bawah ini bukanlah suatu fakta yang anda boleh percaya 100%.
Antara perkara yang biasa didengari bila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah:

1) Takut kena zakat.
Ini adalah “ranking” no. 1. Kebanyakan daripada mereka seperti “mengeluh” atau “takut” kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata-rata yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas perlaburan, uruf-uruf menurut negeri-negeri di malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu di bayar.

2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan
Tak dinafikan, risiko untuk berlaku kecurian, rompakan. kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada. Tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tak dicuri orang kalau tak dijaga? Bayangkan jika seseorang telah kehilangan 2 penutup tiub tayar motor, selepas 4 hari motor situ dibiarkan di tempat yang sama di suatu tempat letak motor tempat bekerja.
Apa yang nak saya terangkan, setiap risiko pasti ada cara mengatasinya atau paling tidak meminimumkan potensi risiko risiko tersebut dari terjadi . Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit-sedikit bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia di dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas sudah sampai berkilo kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar kat luar sana tuh. Barang anda, menjadi tanggungjawab anda menjaganya dengan baik. Dan jangan lupa berdoa dan bertawakal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan-bulan, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimum untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Mereka tidak boleh dipersalahkan, kerana saya sendiri pun berfikiran macam ini, sebelum saya dicelikkan dengan izin Allah melalui pembacaan, tontonan video dan perbincangan forum mengenai realiti wang yang sebenar.
Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu, betapa bernilainya emas.
Kebanyakan dari mereka ini juga hanya tahu, emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai kedai emas sahaja.
Dan bila hanya tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana, harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu perlaburan, dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.


4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya.
Ada jugak yang risau ditipu. Nasihat saya, belilah dari orang yang anda percaya, dan jangan terburu buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar-pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.

5) Takut bila emergency, susah nak “cairkan” pada wang kertas.
Jangan bimbang, selagi emas di tangan anda, anda sebenarnya memiliki “ibu duit”. Dengan kemudahan pajakan “Arrahnu”, di bank rakyat, agro bank, koperasi koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang ditetapkan.

6) Takut susah nak bahagi-bahagi pada anak-anak bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku di kalangan orang yang saya kenali.
Ibunya telah meninggal dunia dan meninggalkan ± 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta tersebut secara adil.
Saya bagi 3 solusi pada mereka:
1) Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi samarata
ATAU
2) Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah  gram keseluruhannya(tapi cadangan ini sukar nak dibuat sebab ketulinan barang kemas berbaza dalam kes ini)
ATAU
3) Salah seorang Pajak di Arrahnu, ambil duit tersebut dan bayar duit pada seorang lagi dengan harga nilaiaan separuh dari nilai marhun emas yang dipajak tersebut kemudiaan tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.
Kawan saya memilih pilihan no 1 kerana beliau tidak beani mengambil risiko berhutang dan cara 1 adalah paling mudah.
Bagaimanapun, di sebalik cerita di atas, saya ingin menggambarkan betapa beruntung kawan saya dan abangnya kerana ibunya meninggalkan emas untuk mereka. Kerana 30-40 tahun dahulu, seandainya arwah ibunya menyimpan sbg contoh rm 1000, apakah nilai kertas rm 1000 bertambah?  RM1000 tetap RM1000 tetapi nilai atau kuasa beli nya semakin berkurangan. Berbeza dengan emas fizikal, harganya meningkat saban tahun, menjadikannya pelindung inflasi harta kekayaan kita. Jadi lebih baik simpan emas, jika memang anda berhajat untuk mewariskan harta pada anak anak anda nanti.

7) Takut bini nak pakai emas tersebut walhal kita beli untuk buat investment je (bg kes barang perhiasan )
Ok, saya pun tak tahu bagaimana nak bagi nasihat. Pada saya, kalau saya di tempat suami tersebut, saya akan bagi penerangan awal-awal, dengan buat-buat muka comel dan suara manja-manja gitu.
Suami mithali,”ayang, yang rantai ni abg hadiahkan utk ayang, ni ayang punya tau…yang rantai tangan tu abang punya tau, itu”investment” abang, tapi kalau ayang nak pakai jugak pakailah, abang tak kisah, janji ayang jaga elok2 ye”…
dan mungkin anda akan dapat jawapan ni
Isteri mithali , “Ya Allah abang, susah2 aje abang nie, tapi abang dah offer tak baik tolakkan hihihi”
ataupun
Isteri cemburu buta,” Investment? investment ape kebendanyer abang ? Invest nak kawin lagi satu ????!!!”

Akhir kata apa yang baik ambillah pelajaran darinya dan yang kurang baik itu dijadikan sempadan.  Jom jadikan sebagai simpanan alternatif anda, 1 bulan 1 gram insyaAllah =).
0 Komentar untuk "7 PERKARA FOBIA ORANG MELAYU BILA SEBUT SIMPANAN EMAS FIZIKAL"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI