Penganalisis: Akta Derhaka tidak relevan - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Penganalisis: Akta Derhaka tidak relevan

http://www.sinarharian.com.my/nasional/penganalisis-akta-derhaka-tidak-relevan-1.168985

Wartawan Sinar Harian
9 Jun 2013
KOTA BHARU – Penganalisis politik berpendapat Akta Derhaka tidak relevan dengan suasana transformasi politik, ekonomi dan pentadbiran negara yang semakin berkembang.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, akta baru itu tidak perlu dibentuk bagi menghukum pesalah terbabit penderhakaan kepada raja.

Menurutnya, pada masa kini Akta Hasutan 1948 sudah ada untuk menghukum.

“Bentuk akta baru saya tidak nampak konsistensinya di situ, apa yang dicadangkan adalah seperti mahukan akta lebih terperinci dan menambah apa yang kurang.

“Tetapi ia membuatkan kita ketinggalan zaman, di saat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membawa arus agenda transformasi dalam pentadbirannya di mana banyak akta sudah diubah seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, penambahbaikan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) malah Akta Darurat juga turut dipinda.

“Akta Derhaka menjadikan negara agak ketinggalan zaman dan terkebelakang kerana menyekat rakyat bersuara dan itu agak ekstrem. Kita kena jelas dan tahu beza antara penghinaan dan kritikan, penilaiannya kena adil," katanya.
0 Komentar untuk "Penganalisis: Akta Derhaka tidak relevan"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI