http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/24/mstar_berita/20130624104022&sec=mstar_berita
PETALING JAYA: Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah mengumumkan dua nama telah dihantar untuk jawatan Speaker menjelang upacara angkat sumpah Anggota Parlimen pada Isnin.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia manakala Tan Sri Khalid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai calon pilihan pembangkang.
Satu peti undi rahsia akan digunakan untuk mendapatkan undi di kalangan Anggota Parlimen bagi proses pengundian Speaker mengikut Perintah Tetap 4 (3).
Sementara itu, Anggota Parlimen Pembangkang Hanipa Maidin (PAS-Sepang) dan Gobind Singh (DAP-Puchong) membantah pemilihan dilakukan menerusi peti undi rahsia dengan memberitahu kertas undi tida patut ditandatangani oleh Ahli Parlimen, jika tidak ia bukan lagi rahsia.
Terdahulu, Roosme berkata Anggota Parlimen perlu menandatangani nama mereka pada kertas undi tersebut.
0 Komentar untuk "Dua Nama Dihantar Untuk Jawatan Speaker"