Dewan Rakyat Kecoh Pilih Speaker - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Dewan Rakyat Kecoh Pilih Speaker

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/6/24/mstar_berita/20130624105854&sec=mstar_berita



    Pandikar Amin dilantik semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
    KUALA LUMPUR: Hari pertama persidangan Dewan Rakyat bagi penggal ke-13 bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan mengenai proses pengundian bagi memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru.
    Kekecohan mula ditimbulkan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang membangkitkan mengenai keperluan ahli Dewan menulis nama masing-masing di kertas undi.
    Katanya berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4, ahli Dewan hanya perlu menandatangani kertas undi tanpa perlu menulis nama.
    Bagaimanapun Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah tidak mengendahkan bantahan yang ditimbulkan Mahfuz.
    "Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat mengadakan pengundian bersurat. Sila teruskan proses mengundi," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
    Bagaiamanapun jawapan Roosme menimbulkan rasa tidak puas hati wakil rakyat pembangkang.
    Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) berkata proses berkenaan sangat memalukan apabila proses pemilihan itu tidak mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
    Hari pertama persidangan Dewan Rakyat pada Isnin bermula dengan pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
    Dua tokoh dicadangkan bagi merebut jawatan berkenaan.
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, 58 sebagai Speaker Dewan Rakyat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.
    Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
    Sementara di pihak pembangkang, Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Speaker.
    Cadangan itu disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).
    Keputusan menyaksikan Pandikar Amin menang dengan majoriti 133 undi sementara Abdul Kadir memperoleh 89 undi.
    0 Komentar untuk "Dewan Rakyat Kecoh Pilih Speaker"

    ISU SEMASA

    LIKE FACEBOOK

    Networkedblogs

    Popular Posts

    BERITA HARI INI