Fatwa Terbaru Nik Aziz - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Fatwa Terbaru Nik Aziz

Inilah masalahnya kalau dikatakan orang yg ada ilmu agama tetapi hanya berpandukan kepada pandangan peribadi semata2
Kalau UMNO dikatakan ulama' sekular, kalau berkaitan PKR dikatakan ikut Islam, DAP pun ikut Islam
PAS sekarang tak perlulah mengeluarkan fatwa2 mengarut lagi setelah bersama dengan PKR dan DAP. Fatwa2 PAS tentang Islam sudah tidak relevan lagi, semuanya demi politik semata2.
Kenapa Nik Aziz tidak boleh berfikiran positif? Kalau berkaitann PAS semuanya positif, semuanya halal, tak ada haram.
Kalau UMNO, itu haram ini haram, UMNO buat semua tak betul, tapi PAS pula betul
Nik Aziz memang seorang ulama' tetapi kalau bersandarkan politik tak lebih drpd seorang politician sahaja

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggelar 40 ulama yang menyertai UMNO sebagai ‘ulama sekular’ kerana mereka tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar dan menolak perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Beliau berkata, di dalam al-Quran golongan ulama yang tidak berpegang kepada ajaran Islam dan orang yang menentang Rasulullah SAW dianggap sebagai golongan munafik.

“Munafik ini gelaran al-Quran. Al-Quran bahagikan manusia ini kepada tiga kumpulan iaitu mukmin, munafik dan kafir. Kalau nak gelar (ulama itu) munafik... saya tidak berapa suka.

“Ia boleh menimbulkan naik darah... tak payah gelar munafik, gelar sekular sudahlah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak merasa pelik dengan apa yang berlaku kerana sewaktu zaman Rasulullah juga perkara yang sama berlaku.

“Zaman nabi SAW sewaktu nabi masih hidup ada orang lawan nabi. Ini kita panggil munafik. Orang itu buat masjid, ‘masjid Birar’. Jadi kalau zaman nabi, nabi masih hidup, orang tengok wajah nabi dengar ucapan nabi pun ada yang melawan senyap-senyap. Pelik apa kalau sekarang yang dah sampai 2,000 tahun,” katanya.

Jumaat lalu, seramai 40 ulama muda profesional berkelulusan sarjana dan doktor falsafah yang diketuai oleh Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Nik Aziz turut menyifatkan golongan terbabit sebagai mangsa bagi kempen kerana semasa di kampus mereka tidak dibenarkan berpolitik.

“Mereka ini mungkin jadi mangsa. Semasa di kampus tidak boleh berpolitik. Di Malaysia, kempen dalam kampus tak boleh. Tidak boleh terlibat dengan politik. Jadi pelajar-pelajar di dalam kampus ini buta politik.

“Bila habis kampus, pelajar keluar mereka meraba-raba kerana mereka tak biasa dengan politik. Boleh jadi mereka ini mangsa kempen jangan berpolitik dalam masa kampus. Ini semua bukan jadi pelik,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan ulama itu tertarik dengan nilai islam yang diterapkan UMNO, beliau enggan mengulas lanjut.

“Itu saya tak tahu. Itu kena tanya dia la. Yang tentunya itu bukan laluan nabi. Bukan laluan Siddiqin, Syuhadah dan solihin. Laluan nabi ialah tauhid kepada Allah,” katanya.
0 Komentar untuk "Fatwa Terbaru Nik Aziz"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI