Buat Apa La Nik Aziz dok layan Orang Tua DAP tu? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Buat Apa La Nik Aziz dok layan Orang Tua DAP tu?

Pelik la, awat la org2 dekat dengan PAS tak nasihat sikit dengan Tok Guru Nik Aziz, jangan layan Utusan dgn Tv3, depa akan putar cerita ni sampai jadi lumat, lepas tu akan keluar mcm2 kenyataan. Biar la Karpal Singh tu nak kata apa pun, tak payah layan provokasi media2 ni.

Meluat tengok perangai pemimpin2 yg tak sedar diri ni, dah tau benda ni akan dimanupulasikan yang bg diaorg can tu buat apa? 


Nik Aziz cabar Karpal buktikan dasar Islam Pas salah

KOTA BHARU 30 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Kar pal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.

Nik Aziz berkata, Pas akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir daripada pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat Pas itu, ia merupakan pendapat peribadi.

"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar Pas itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri bukannya daripada DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas itu salah, kata Nik Aziz.

Bagaimanapun setakat ini Nik Aziz berkata, beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh Pas, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Mengenai pengeluaran lesen minuman keras di negeri ini, beliau mengakui kerajaan negeri ada mengeluarkan lesen premis perniagaan untuk menjual minuman keras di kalangan bukan Islam di negeri ini.

"Kerajaan hanya mengurus atur lesen premis penjualan minuman arak kepada bukan Islam, tetapi tetap tidak membenarkan orang Islam minum minuman keras itu.

"Kita juga tetap tidak mengeluarkan lesen untuk premis perjudian kerana judi diharamkan oleh semua agama," katanya. - Bernama
0 Komentar untuk "Buat Apa La Nik Aziz dok layan Orang Tua DAP tu?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI