Nabi bersabda: Barang siapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu tugas / kerja dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu ghulul (pengkhianatan). (Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadis sahih; Maálim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
Nabi bersabda : " Hadiah yang diberikan kepada para penguasa/pemerintah adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur . " (Riwayat Ahmad)
Nabi bersabda kepada seorang gabenor yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian wang yang dikutip sambil berkata: “ Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untuk ku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda: “ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiah mu, sekiranya kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah) (Al Bukhari & Muslim).
berdasarkan Hadis ni terang dan nyata bahawa Islam bukan sahaja mengharamkan RASUAH tetapi juga amalan menerima HADIAH
Selagi Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan orang berkedudukan dalam kerajaan, Tok Guru kena menolak semua bentuk HADIAH ini. Sepatutnya Tok Guru lebih memahami isu ini dlm konteks Islam.
Selain itu juga, kepada semua pemimpin PAS juga perlu menghindari HADIAH juga
Jangan hanya menentang RASUAH sedangkan isu berkaitan RASUAH juga perlu dihindari
Semoga perjuangan Islam terus ditingkatkan
0 Komentar untuk "Tok Guru Nik Aziz Berhenti Makan Duit Haram"