Sejak Bila UMNO Memperjuangkan ISLAM? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Sejak Bila UMNO Memperjuangkan ISLAM?

Alahai UMNO

Jijik dan mual bila baca kenyataan UMNO dan akhbar2 penjilat diaorg ni berhubung isu2 ISLAM sekarang. Persoalannya, sejak bila UMNO prihatin sangat dengan isu2 ISLAM di Malaysia ni sedangkan dahulu merekalah kepala penghina kepada ISLAM NO 1

1. Isu Jeff Ooi kepada JIM sebagai extremist

Nak tanya, bukankah UMNO juga yg pernah tuduh PAS extremist, Taliban dll semata2 PAS inginkan menegakkan hukum syariah di Malaysia. Kenapa apabila Jeff Ooi berkata kepada JIM extremist tetiba UMNO meloncat menuduh Jeff Ooi menghina ISLAM, sedangkan sudah bertahun2 UMNO menghina PAS bermacam2. Itu belum lagi apabila UMNO berterusan menghina hudud yg PAS cuba bawa. Ingatkah lagi UMNO mainkan isu hudud di PRK Kuala Terengganu, sehinggakan parti komponen BN sendiri biadap menghina hudud. Di mana UMNO ketika itu?

2. Isu arak di Selangor

Wah, bukan main lagi UMNo dan Ketua Pemuda UMNO konon2nya prihatin dgn isu arak ni. Persoalannya siapakah yg meluluskan kilang arak TERbesar di bina di Shah Alam, kawasan dikatakan UMNO adalah kawasan majoriti ISLAM? Di Selangor sahajakah UMNO prihatin dgn isu arak, di negeri lain bagaimana? Inilah sikap hipokrit UMNO dlm memperjuangkan ISLAM. Ingatkah lagi UMNO dengan peristiwa Pertandingan Ratu Cantik dan kes arak Jeslina Hashim sehinggakan seorang mufti di buang UMNO? Jangan jadi MUNAFIQ wahai UMNO

3.Loke Siew Fook

Masa bila pula blog http:sjsandteam.wordpress.com milik Loke Siew Fook? Betul Dr Ridhzuan di kutuk dan dihina di blog http:sjsandteam.wordpress.com tetapi bukannya Loke Siew Fook yg menghina, mengutuk dan memaki Dr Ridhzuan, yang mengutuk adalah dari spesies DAP yang biadap dan kurang ajar.

Kepada UMNO, kalau prihatin sangat dgn ISLAM yang bersikap hipokrit apabila PAS ingin laksanakan ISLAM ditentang, dicemuh dan dihina, tetapi apabila DAP menyatakan perkara yg sama DAP adalah ANTI ISLAM
0 Komentar untuk "Sejak Bila UMNO Memperjuangkan ISLAM?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI