NASIONAL : KHAMIS 27 OGOS 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

NASIONAL : KHAMIS 27 OGOS 2009

Bergaduh dalam tandas
SHAH ALAM 26 Ogos – Kira-kira 12 jam sebelum ditemui mati, Teoh BengHock didakwa bergaduh dengan Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), TanBoon Wah di dalam tandas pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) Selangor yang terletak di bangunan Plaza Masalam di sini.

Jangan timbulkan sensasi – PM
PERDANA Menteri ingatkan semua pemimpin masyarakat dan media di negaraini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang bolehmengundang kontroversi dalam masyarakat.

Chua Soi Lek dipecat daripada MCA
KUALA LUMPUR 26 Ogos –Krisis kepimpinan MCA semakin meruncing apabilaMajlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untukmemecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lekberkuat kuasa serta merta.


Raptai merdeka di Dataran Parlimen
MENTERIPenerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatimbaru-baru ini mengumumkan, lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil,ditukar ke Dataran Parlimen bagi menghormati bulan Ramadan selainmenghindari penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) yangsemakin meningkat.

Kes Kartika: Tukang sebat syariah dicari
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jabatan Penjara diminta menyediakan tukang sebatsyariah yang berpengalaman dan berkemahiran bagi melaksanakan hukumansebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, selepas Ramadan ini.

Skandal PKFZ: PAC soal siasat KDSB
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hariini menjalankan soal siasat terhadap Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB),kontraktor siap guna projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berhubungskandal projek PKFZ.




Soi Lek dipecat
KUALALUMPUR: Pergolakan dalaman yang melanda MCA sejak pemilihan parti itupada Oktober tahun lalu dijangka berterusan apabila TimbalanPresidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada parti keranamenjejaskan imej parti berhubung skandal seksnya pada 2007.

Inkues Teoh Beng Hock: SPRM dedah 4 invois palsu
SHAHALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam mendedahkanmengenai kegiatan empat firma Bumiputera meminjamkan kepala suratsyarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yangtidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock dan Ahli DewanUndangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.







Malaysia komited bantu Australia - Hishammuddin
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hariini menyatakan komitmen Kerajaan Malaysia untuk membantu Australiamenyelesaikan isu pemerdagangan manusia yang membabitkan kedua-duanegara.

‘Biarlah kami, bertenang’
SUNGAI SIPUT 26 Ogos – “Saya mahu perkara ini diselesaikan segeratetapi buat masa sekarang, bagi ruang untuk kami bertenang.” Itupermintaan Shukarnor Abdul Mutalib, 60, bapa kepada Kartika Sari Dewi,32, yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak ketika ditanyatentang kontroversi membabitkan anaknya itu.

Hukuman sebat perlu disegerakan
PUTRAJAYA 26 Ogos - Penerangan secara ilmiah dan tepat mengenai hukumansyariah termasuk sebat perlu segera dilakukan bagi mengelak persepsinegatif masyarakat umum terhadap undang-undang Islam.


BERBUKA PUASA
YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menghadirimajlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin;Menteri-menteri Kabinet, duta-duta asing dan pegawai kanan di IstanaNegara, semalam.

Musa Hassan disambung perkhidmatan?
KUALALUMPUR 26 Ogos - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin TunHussein mengambil sikap berdiam diri apabila ditanya status kontrakKetua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat, 13 Septemberini.

Kartika bukan orang pertama dihukum sebat
KUANTAN26 Ogos - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, merupakanpesalah kelima yang dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh MahkamahTinggi Syariah di sini atas kesalahan minum arak di khalayak umum sejaklima tahun lalu.

Muhyiddin bercakap benar - Dr. M
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadmengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untukmembekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri BesarJohor.


PKFZ: Konspirasi lima pihak?
PUTRAJAYA 26 Ogos - Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), Datuk LeeHwa Beng membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dengan mendakwa lima pihak berkonspirasi dalam isu penyelewenganZon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Bakti sumbang 32,300 bungkusan juadah hari raya
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-IsteriMenteri dan Timbalan Menteri (Bakti) menyumbangkan 32,300 bungkusanjuadah hari raya untuk diagihkan kepada anggota tiga pasukankeselamatan negara sempena Aidilfitri tahun ini.

Bekalan gula cukup - MSM
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Bekalan gula tempatan mencukupi bagi memenuhipermintaan pasaran, kata Malayan Sugar Manufacturing Co. Bhd. (MSM).


Terjejas tanpa Dara
ROMPIN 26 Ogos - Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjisberharap kerajaan mempertimbangkan segera cadangan mewujudkan sebuahagensi membangunkan sektor industri di Pahang Tenggara.

Siak, bilal Perak dapat bonus khas
IPOH26 Ogos - Kerajaan negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonuskhas sebanyak RM500 kepada siak dan bilal di negeri ini sempenasambutan Aidilfitri bulan depan.

Perlu RM30,000 tanggung rawatan anak jantung berlubang
KUALATERENGGANU 26 Ogos - Melihat pada ibu muda ini, tiada siapa yang akantahu bahawa dia sebenarnya sedang menanggung derita mengenangkan nasibmasa depan anaknya.


Sedih kenang Pak Tam
PONTIAN26 Ogos – “Saya tidak dapat menahan sedih apabila mengenangkan Pak Tamyang suka makan asam rebus nanas. Mujurlah ada gambar dia, hilanglahjuga rasa rindu.’’

Tiga sekeluarga maut nahas
KUANTAN 26 Ogos - Percutian lima sekeluarga sempena cuti sekolah diKampung Tempinis, Besut, Terengganu, berakhir dengan tragedi apabilatiga daripada mereka terbunuh dalam kemalangan.

2 maut dekat Wisma Putra
PUTRAJAYA 26 Ogos - Seorang penunggang dan pembonceng motosikalterbunuh selepas motosikal yang mereka naiki terbabas setelahterlanggar pembahagi jalan berhampiran Wisma Putra, di sini pukul 9.50pagi ini.

Mohd. Salleh ketuai MAIPP
PULAU PINANG 26 Ogos - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PermatangPasir yang baru dipilih, Mohd. Salleh Man dijangka dilantik sebagaiPresiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Tiada kaitan dengan kes Beng Hock
SHAH ALAM 26 Ogos - Polis mengesahkan kejadian kenderaan milikSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Klang dilemparbom petrol Khamis lalu, tiada kaitan dengan siasatan kes kematianSetiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Norman KRU perjelas kontroversi
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, NormanAbdul Halim menyifatkan kontroversi yang tercetus di Indonesiaberkaitan iklan promosi bagi enam siri dokumentari, Animatic Malaysiaterbitan pihaknya berpunca daripada salah faham.

Lagu Deepavali bakal diangkat ke taraf global
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jika diminta menyanyikan lagu-lagu perayaanAidilfitri, Tahun Baru Cina dan Krismas, ramai antara kita yang bolehmelakukannya walaupun hanya dua atau tiga baris lirik.

Pavilion sumbang RM15,000 kepada PBPM
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Sempena pelancaran Kempen Amal Merdekaanjurannya, Pavilion Kuala Lumpur menyumbangkan RM15,000 kepadaPersatuan Bekas Perajurit Malaysia (PBPM) semalam.


Fathini semakin pulih
KUALA PILAH 26 Ogos - Keadaan Nur Fathini Roslan, 14, yang meranaakibat penyakit radang usus kini bertambah baik setelah menjalanirawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.


Kedaifan keluarga Ali perlu pembelaan
KUCHING 26 Ogos - Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Begitulah perumpamaan keluarga seorang bapa tunggal yang juga mualaf,Ali Abdul Abdullah, 50, bersama empat anak gadisnya yang hidup serbadaif di Kampung Melayu Sematan dekat sini.











Angka kematian meningkat 71
KUALALUMPUR: Satu lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) dicatatkan semalammembabitkan seorang wanita berusia 24 tahun, menjadikan angka korbanmeningkat kepada 71 orang di seluruh negara sehingga kini.

Baju Melayu raya tunggu Ferris
RAWANG:Sudah enam bulan Elis Syuhaila Mokhtar tidak menatap wajah anaklelakinya Ferris selepas dia dilarikan ke Belgium oleh suaminya padaMac lalu.

Tiga beradik sakit mental tagih simpati
KUBANGPASU: Tiga beradik dari Kampung Sanglang, di sini, yang mengalamimasalah mental hidup tidak menentu apabila hanya mengharap belas ihsanjiran bagi mendapatkan sesuap nasi setiap hari selepas kehilangan ibumereka kira-kira empat tahun lalu.

3 maut selepas sambut puasa di kampung
KUANTAN:Tiga sekeluarga termasuk dua beradik maut selepas Perodua MyVi merekadirempuh lori penghantaran ekspres dipercayai 'termakan jalan' akibatpermukaan jalan licin ketika hujan lebat, di Kilometer 15, JalanBentong-Raub, dekat Lurah Bilut, Bentong, pagi semalam.

Tiada sambutan ambang merdeka
KUALALUMPUR: Tiada sebarang sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka danMenara Berkembar Petronas (KLCC) seperti tahun sebelumnya bagimenghormati Ramadan selain penularan wabak Influenza A (H1N1).

Dua maut motosikal rempuh pembahagi jalan
PUTRAJAYA:Hasrat seorang pengawal keselamatan membantu seorang wanita yang barudikenalinya mencari pekerjaan di sini, tidak kesampaian selepas merekaberdua terbunuh apabila motosikal dinaiki terbabas dan merempuhpembahagi jalan di jalan susur Wisma Putra-Lebuh Bestari, di sini,semalam.

Novel pertama bawa kejutan
KUALALUMPUR: Pendatang baru dunia penulisan, Siti Rosmizah Semail, munculpilihan pertama Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian2009 Kategori Fiksyen Bahasa Melayu, semalam menerusi Andai ItuTakdirnya, sekali gus merangkul wang tunai RM 1,500.

Sultan Selangor mahu penjelasan
SHAHALAM: Rancangan Kerajaan Selangor memberi kuasa kepada pegawai masjiddi negeri ini menahan tanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahanmembabitkan arak, Isnin lalu, dikatakan menyebabkan Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah mahukan penjelasan mengenainya.

KL, Canberra komited atasi kes seludup orang
KUALALUMPUR: Malaysia dan Australia sependapat bahawa komitmen membabitkankepemimpinan tertinggi kedua-dua negara, dapat membantu menanganikegiatan penyeludupan manusia dan pemerdagangan orang.

Derita dua jiran dapat perhatian
KUALALUMPUR: Suatu masa dulu, beliau dilimpahi kebahagiaan dengan kehadiranisteri tersayang dan 10 anak, tetapi saat indah itu sudah lama berlalu,malah nama anaknya juga sudah lama hilang daripada ingatan, sama adahilang untuk selamanya atau pergi bersama kesakitan dan kesusahan yangbeliau alami selama ini.

Bakti bungkus juadah raya untuk ATM, PDRM
KUALALUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semalammenyertai anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteridan Timbalan Menteri (Bakti) membungkus juadah Hari Raya Aidilfitriuntuk diagihkan kepada pasukan keselamatan negara.
0 Komentar untuk "NASIONAL : KHAMIS 27 OGOS 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI