'Jangan sensasikan kes anak saya' - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

'Jangan sensasikan kes anak saya'

'Jangan sensasikan kes anak saya'


SHUKARNOR menerangkan nasib yang menimpa anaknya kepada Halim (kiri) di rumahnya di Kampung Jawang, Sungai Siput semalam.


SUNGAI SIPUT - Kontroversi hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor semakin tidak menyenangkan bapa kepada model sambilan itu, Shukarnor Abdul Mutalib dengan menganggap ia tidak sepatutnya dibiar berpanjangan.

Shukarnor berkata, apa yang berlaku sekarang sedikit sebanyak telah menjejaskan kredibiliti institusi kehakiman syariah.

"Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tidak wajar dibincangkan apatah lagi disensasikan.

"Keputusan hakim adalah muktamad dan sebaik-baiknya tidak dipersoal. Saya mohon kerjasama semua pihak bagi memastikan isu ini diselesaikan dengan baik,'' kata Shukarnor kepada wartawan di rumahnya di Kampung Jawang, di sini semalam.

Beliau semalam menerima kunjungan Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Akidah), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Halim Ahmad yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom.

0 Komentar untuk "'Jangan sensasikan kes anak saya'"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI