SUKAN : JUMAAT 03 JULAI 2009 - Nizaruddin idam Kasut Emas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : JUMAAT 03 JULAI 2009 - Nizaruddin idam Kasut Emas

Nizaruddin idam Kasut Emas

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my


NIZARUDDIN (kanan) cipta tiga kali hatrik.

Ledakkan hatrik landasan terbaik penyerang Singa Utara gapai Impian

KEJAYAAN melakukan hatrik ketika membantu Perlis menang 4-0 ke atas Negeri Sembilan di Paroi, Selasa lalu, membangkitkan semangat penyerang utama, Mohd Nizaruddin Yusoff untuk merealisasikan impian muncul pemenang Kasut Emas Liga Super musim ini.

Apa tidaknya, ia bukan hatrik pertama bagi bekas penyerang kebangsaan itu pada saingan Liga Malasyia (Liga M) musim ini, sebaliknya adalah kali ketiga dengan dua daripadanya pada kempen Liga Super manakala satu lagi dalam Piala FA.

Kejayaan pertama ialah ketika membantu Perlis menewaskan pasukan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada perlawanan pusingan pertama Piala FA 4-0 di Johor Bahru.

Bagaimanapun, disebabkan pasukan dari selatan tanah air itu tidak dapat meneruskan kempennya pada saingan Liga Perdana, maka Perlis hanya diberikan kemenangan percuma, 3-0.

Satu lagi hatriknya adalah ketika membantu skuad Singa Utara menewaskan Pahang 3-2 pada perlawanan kedua pusingan pertama Liga Super di Stadium Utama Negeri Kangar, 6 Januari lalu.

"Kejayaan ini semenangnya membangkitkan semangat saya bukan saja untuk terus bersaing merebut Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak Liga Super musim ini, lebih penting memastikan misi pasukan menjuarai Liga Super menjadi kenyataan," katanya.

Selain Nizaruddin, turut cemerlang sebagai penjaring ialah penyerang Kelantan, Indra Putra Mahuyuddin yang sudah menjaringkan 13 gol dan penyerang Perak, Razali Kandasamy (12 gol).

Nizaruddin, 30, yang pernah beraksi untuk Polis dan Public Bank, mengakui peningkatan dalam persembahannya kebelakangan ini kemungkinan adalah rezeki dan berkat kelahiran anak keduanya, Nurul Huda yang kini berusia empat bulan.

0 Komentar untuk "SUKAN : JUMAAT 03 JULAI 2009 - Nizaruddin idam Kasut Emas"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI