LIGA PERDANA : JUMAAT 03 JULAI 2009 - Johor tagih 3 mata bertemu Tentera - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA PERDANA : JUMAAT 03 JULAI 2009 - Johor tagih 3 mata bertemu Tentera

Johor tagih 3 mata bertemu Tentera

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my

KEMENANGAN amat ditagih oleh Johor seandainya ingin terus mengejar kelompok teratas liga yang dikuasai Harimau Muda dan T-Team Terengganu apabila berdepan Tentera dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam ini.

Berkedudukan di tangga ketiga selepas mengumpul 36 mata, Johor tampak agak terdesak tatkala ketinggalan lima mata daripada T-Team di tangga kedua manakala 10 mata di belakang skuad bawah 20 tahun negara yang jelas selesa menerajui liga.

Senario itu mengundang keperitan buat jurulatih Johor, Nasir Yusof yang perlu mencorakkan taktikal berkesan apabila berdepan Tentera bagi memastikan tiga mata tidak terlepas seandai ingin merapatkan jurang mata.

"Kekalahan 1-0 ke atas T-Team sememangnya menggugat kedudukan Johor, namun kembali mengutip mata hasil kemenangan 1-0 ke atas PKNS Selangor sudah cukup untuk memulihkan semangat pemain yang kembali ingin menebus kehampaan.

"Saya harus berwaspada dengan corak permainan Tentera, malah pasukan itu juga tampak mula menunjukkan kebangkitan selepas seri 0-0 dengan Proton.

“Rombakan kecil akan dilakukan apabila khidmat Mohd Irfan Ghani tidak dapat diturunkan selepas digantung perlawanan akibat kad merah ketika menentang PKNS tetapi saya belum tentukan pemain mana yang akan mengisi posisi bek kiri," katanya.

Nasir turut lega dengan kehadiran semula Norazlan Razali yang tidak beraksi tiga perlawanan lalu selepas menerima kad merah, untuk mengawal gawang.

“Dua hari lalu, saya memperbetulkan semula setiap posisi yang agak kurang menyerlah dan hasilnya jelas positif terutama keinginan pemain meneruskan rentak kemenangan," kata Nasir.
0 Komentar untuk "LIGA PERDANA : JUMAAT 03 JULAI 2009 - Johor tagih 3 mata bertemu Tentera"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI