Perlis tidak boleh lagi keciciran mata lagi: Irfan
Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my
DALAM keghairahan mahukan kemenangan untuk memastikan dapat terus bersaing memburu kejuaraan Liga Super, Perlis sedar pertemuan dengan Negeri Sembilan di Paroi, malam ini, hadir pada waktu yang kurang tepat.
Selain mengakui Negeri Sembilan memiliki kelebihan gelanggang sendiri, jurulatih skuad Singa Utara, Irfan Bakti Abu Salim nampak bahaya lain yang ada pada anak didik Wan Jamak Wan Hassan itu.
“Kekalahan 3-0 Negeri Sembilan kepada Johor FC, Sabtu lalu, pasti mahu ditebus tuan rumah dan situasi ini pasti menyulitkan usaha kami memburu kemenangan.
“Tuan rumah pasti tidak rela untuk mencicirkan mata lagi agar tidak terus tercicir,” kata Irfan Bakti.
Sebab itu pengendali Perlis itu mengakui ia pasti satu kesilapan besar andai pemainnya memandang mudah cabaran tuan rumah.
“Bagi saya, Negeri Sembilan adalah satu lagi halangan yang mampu menafikan impian Perlis untuk bergelar juara Liga Super musim ini, sekiranya pemain saya yang diturunkan pada pertemuan itu menafikan keupayaan lawan itu.
"Jadi, untuk terus berada pada landasan betul bagi merealisasikan impian menggapai kejuaraan liga, kami tidak boleh lagi keciciran mata selepas sekadar mengutip mata menentang Selangor di laman sendiri, Sabtu lalu," katanya.
Irfan Bakti turut mengingatkan anak buahnya supaya melupakan detik kekecewaan gagal mengatasi Selangor di Kangar, Sabtu lalu dengan memberikan fokus sepenuhnya terhadap pertemuan dengan Negeri Sembilan itu.
"Saya berharap pemain terus fokus dan menanam keyakinan untuk memastikan tidak mengulangi kesilapan ketika menentang Selangor, Sabtu lalu terutama jentera serangan untuk memastikan peluang dicipta mampu menggegar jaring gawang lawan," katanya.
Seri bukan penamat skuad Perlis - Irfan
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Terlepas peluang mengutip tiga mata penuh ketika seri tanpa jaringan bertemu Selangor di tempat sendiri, kelmarin bukan episod penamat buat pasukan Perlis bagi memburu kejuaraan Liga Super.
Sebaliknya jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim tetap menaruh harapan bahawa peluang mereka untuk merampas kedudukan teratas seterusnya mengekalkan piala Liga Super di utara semenanjung masih lagi terbuka.
"Saya boleh katakan perlawanan bertemu Selangor semalam (kelmarin) tidak menyebelahi kami walaupun begitu banyak peluang yang terhidang," katanya ketika dihubungi, kelmarin.
Jelasnya, walaupun pasukan pelawat mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi ia adalah di atas kesilapan individu pemain Perlis sendiri.
"Melihat corak permainan mereka semalam ternyata Selangor hanya menginginkan keputusan seri dengan hanya melakukan serangan balas.
"Bagaimanapun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat kami untuk terus berjuang dalam baki lima lagi perlawanan selepas ini walaupun Selangor memiliki kelebihan beraksi empat perlawanan di Lembah Klang," katanya.
Kata Irfan, banyak perkara di luar jangkaan boleh berlaku dalam bola sepak dan dia serta pemain-pemain sentiasa berharap perkara seperti itu akan berlaku di tambah dengan usaha keras yang tidak pernah luntur.
"Kami akan terus berusaha untuk memenangi baki lima perlawanan selepas ini bertemu Negeri Sembilan, Johor FC, Polis dan KL PLUS walaupun pasukan berdepan dengan masalah pemberian gaji.
"Saya bangga dengan usaha yang dipamerkan pemain walaupun kami bakal berdepan dengan pasukan yang lebih kuat berbanding Selangor," ujarnya.
Tambahnya, tugas berat ini akan digalas dengan penuh yakin oleh para pemain untuk mencatat kemenangan dalam semua baki perlawanan.
BERITA INFORMASI TERKINI
Home
»
LIGA SUPER
»
LIGA SUPER SELASA 30 JUN 2009 : Perlis tidak boleh lagi keciciran mata lagi: Irfan
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "LIGA SUPER SELASA 30 JUN 2009 : Perlis tidak boleh lagi keciciran mata lagi: Irfan"