Sasaran Kata: Lawak bola sepak profesional negara
Bersama Norbakti Alias
Tiada idea 'jual' sukan ini kepada penaja, balik-balik kerajaan negeri
APA sudah jadi dengan bola sepak profesional tempatan. Sana sini kedengaran pasukan negeri mahupun kelab dibayangi masalah kewangan.
Hampir setiap tahun sejak liga profesional yang diperkenalkan pada 1994, masalah pemain tak dibayar gaji bulanan dan tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerap dibangkitkan.
Antara negeri yang dilanda masalah kewangan adalah Sarawak, Pahang, Perlis serta Melaka dan terbaru, kelab UPB-MyTeam yang mengambil satu langkah ke depan dengan memohon untuk menarik diri daripada saingan Piala Malaysia musim ini.
Mengapa selepas lebih daripada 10 tahun liga profesional diperkenalkan, masalah seperti ini masih berlaku?
Sebenarnya, ia tidak memerlukan pemikir agung untuk mengesan masalah ini. Apa gunanya liga profesional jika terlalu ramai pegawai di persatuan negeri masih amatur.
Apakah sumbangan mereka dalam menjana pendapatan untuk persatuan negeri selain menagih dana daripada kerajaan negeri? Sikap pegawai persatuan negeri juga agak melucukan apabila menagih pemain pulang berkhidmat untuk negeri kelahiran, sesuatu yang cukup pelik ketika tawaran wang pasti ukuran utama dalam kancah profesional.
Tapi, itulah nada yang akan didendangkan persatuan negeri setiap tahun. Ada juga negeri berbelanja dengan tidak mengukur badan sendiri. Ini belum lagi termasuk tindakan 'bayaran tambahan bawah meja' untuk memikat pemain ketika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengehadkan gaji maksimum RM8,000 sebulan sebelum ini.
Itulah bola sepak profesional Malaysia. Selagi tiada pegawai profesional menguruskan aliran wang tahunan dengan mengambil kira tajaan dan pendapatan lain, selagi itulah masalah seperti ini akan kita dengar. Apa lagi dengan sikap mahukan kerajaan negeri menghulur bantuan setiap kali tersepit.
Bagi penulis, masalah kali ini nampak sudah serius apabila bekas Timbalan Presiden FAM sendiri, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut mencadangkan Liga Malaysia kembali ke era Semi Pro sebagai langkah drastik menyelamatkan bola sepak negara.
Apa tidaknya, semakin jelas kini persatuan negeri tidak mampu menanggung kos menguruskan pasukan dan dengan kembali ke era Semi Pro, yang diperkenalkan pada 1989, pemain masih punya majikan lain untuk membayar gaji bulanan.
Kenyataan Tengku Abdullah itu hadir kira-kira 14 bulan selepas ayahandanya, Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden FAM, bertegas bola sepak Malaysia tidak akan berundur ke era Semi Pro selepas timbul cadangan sebegitu.
Bagi penulis, apa sahaja perubahan tidak akan ke mana selagi mentaliti pegawai persatuan negeri masih di takuk lama.
Sudah masanya persatuan negeri mewujudkan cabang komersial atau anak syarikat, untuk mencari peluang menjana kewangan yang turut berperanan menguruskan pasukan negeri.
Dengan adanya cabang komersial diuruskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), persatuan negeri boleh melepaskan tanggungjawab kepadanya untuk mencari penaja serta mendapatkan pemain, pastinya dengan persetujuan jurulatih, mengikut peruntukan yang ada.
Tapi persatuan negeri harus serius dengan cara begini, dan bukannya sekadar melantik CEO yang bekerja mengikut cara lama yang tetap menyandarkan kepada penaja sedia ada dan kerajaan negeri.
Sebaliknya, CEO dilantik harus orang yang sanggup meneroka ruang dan peluang baru dalam memperkukuhkan sumber kewangan syarikat.
Bola sepak negara memerlukan pendekatan baru bukan saja kepada skuad negara tetapi juga persatuan negeri dalam mengembalikan kegemilangan sukan itu.
Cara lapuk dengan pegawai berjiwa amatur yang bertopengkan tugas sukarela sudah ketinggalan zaman. Sikap mahu duduk di kerusi persatuan negeri semata-mata untuk dapat anugerah daripada kerajaan negeri, tanpa ada idea membangunkan bola sepak, hanya akan memberi kesan buruk kepada sukan itu.
Jangan salahkan pemain sahaja apabila mengaitkan isu kejatuhan bola sepak negara tapi pegawai yang ada, sama ada di FAM mahupun di persatuan negeri wajar turut mencerminkan diri dan sama-sama harus berani bertanggungjawab.
BERITA INFORMASI TERKINI
Home
»
SUKAN BOLA SEPAK
»
BOLA SEPAK SELASA 30 JUN 2009 : Sasaran Kata: Lawak bola sepak profesional negara
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
-
Oleh Rosli Safar (Yang mengikuti lawatan ke Tokyo Motor Show 2007, di Tokyo baru-baru ini) KOMITMEN kebanyakan syarikat pengeluar kereta unt...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "BOLA SEPAK SELASA 30 JUN 2009 : Sasaran Kata: Lawak bola sepak profesional negara"