LIGA SUPER ISNIN 29 JUN 2009 : Irfan kesal penggempur hambar - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

LIGA SUPER ISNIN 29 JUN 2009 : Irfan kesal penggempur hambar

Irfan kesal penggempur hambar

Oleh Kamudin Baharom
bhsukan@bharian.com.my

Skuad Singa Utara gagal ambil kesempatan kawalan ke atas Nizaruddin

KEGAGALAN jentera penggempur membolosi gawang lawan jelas mengecewakan Irfan Bakti Abu Salim yang mengharapkan kemenangan ke atas Selangor untuk merampas posisi pendahulu Liga Super, sekali gus mengukuhkan peluang menjuarai liga musim ini.

Bagi pengendali skuad Singa Utara itu, aksi penyerang Ahmad Fakri Sharaani dan penggantinya, Mohd Firdaus Faudzi kurang memuaskan ketika penggempur utama, Mohd Nizaruddin Yusof dikawal ketat barisan Selangor untuk menyaksikan keputusan berakhir dengan 0-0.

"Nizaruddin tidak dapat dapat bergerak bebas kerana dikawal ketat, maka Ahmad Fakri dan Mohd Firdaus sepatutnya menggunakan peluang yang terhidang untuk meledakkan jaringan.

"Bagaimanapun, rembatan mereka tidak mampu menggugat gawang lawan. Mungkin mereka `gemuruh' kerana perlawanan itu turut disaksikan buat pertama kalinya lebih 10,000 penonton," katanya.

Irfan Bakti berkata, secara keseluruhannya Perlis memiliki tidak kurang 10 peluang untuk meledakan jaringan termasuk pada minit 30 menerusi Nizaruddin yang berjaya melakukan tandukan ke penjuru gawang tetapi dinafikan penjaga gawang, Mohd Hamsani Ahmad yang melayangkan diri menolak bola daripada menerjah jaringnya.

Beliau berkata, skuad pelawat yang sesekali mendapat peluang melakukan serangan namun turut gagal menemui penyudah berkesan.

Begitupun Irfan Bakti tidak mahu menyalahkan 100 peratus kepada pengempurnya tetapi mengakui ada beberapa tonggak lain gagal memberi sumbangan yang diharapkan.

"Beberapa pemain yang beraksi di posisi tengah dan pertahanan turut dilihat gagal memberikan persembahan bertenaga sebaliknya `menghadiahkan' peluang kepada Selangor untuk melakukan asakan yang hampir membawa padah," katanya yang bagaimanapun enggan menamakan pemain terbabit.

Berikutan keputusan itu, Selangor mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan mengumpul 48 mata, dua mata mengatasi Perlis yang mengutip 46 mata di tangga kedua.
0 Komentar untuk "LIGA SUPER ISNIN 29 JUN 2009 : Irfan kesal penggempur hambar"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI