SUKAN : SELASA 12 MEI 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : SELASA 12 MEI 2009

Harimau Muda, Johor bersaing

Oleh Rizar Mohd Noor dan M Hifzuddin Ikhsan
bhsukan@bharian.com.my


PEMAIN Johor Mohd Sairozi Daud (kiri) cuba melepasi pemain pertahanan Proton Durahim
Jamaluddin pada pertemuan Liga Perdana di Stadium Larkin, malam tadi.

Skuad B-19 beri hadiah buat jurulatih baru

JOHOR kian mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana selepas menewaskan Proton FC 2-0 dalam aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.

Apapun, pencabar terdekat, Harimau Muda terus menghambat mereka selepas merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Persatuan Bola Sepak Cheras - menyaksikan kedua-dua pasukan itu menghimpun 31 mata, tetapi Johor berada di depan atas perbezaan jaringan.

Johor bermula garang apabila bertali arus mengasak ke kubu Proton FC dan ketika aksi memasuki minit ke-10, gol terhasil menerusi Mohd Sairozi Daud yang bijak menggelecek pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga gol, Mohd Iqbal Suhimi.

Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan mula mempamerkan aksi pantas terutama tuan rumah ingin menambah jaringan manakala pelawat berhempas pulas untuk menyamakan jaringan. Namun Johor lebih menyerlah selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-80 yang disudahi Mohd Khairul Ismail.

Harimau Muda memberi hadiah terbaik buat jurulatih baru, Ong Kim Swee selepas K Rajagobal dinaikkan taraf ke skuad bawah 23 dan senior menerusi gol Shahrul Hafiz Shafei minit ke-17.


Gol sendiri kapten KL, Azidan Saruddin minit ke-32 memastikan skuad B-19 itu kekal mengekori Johor FC yang dipisahkan dengan perbezaan gol. Jaringan lewat Badrul Hisham Azmi seminit sebelum tamat sekadar gol sagu hati buat tuan rumah.

Di Stadium Sarawak, dua jaringan Joseph Kalang Tie menjulang Sarawak mencatat kemenangan 2-1 menentang SDM Kepala Batas. Joseph membuka jaringan minit ke-22 dan meraih gol kedua dua minit sebelum rehat dengan Mohd Hasni Hakim menyalakan harapan buat SDM Kepala Batas pada minit ke-15.





Johor kebal, Harimau memburu

KUALA LUMPUR - Johor masih kebal menerajui carta persaingan bola sepak Liga Perdana sekalipun terus dicabar rapat oleh Harimau Muda setelah masing-masing memungut kemenangan dalam perlawanan di Johor Bahru dan ibu kota, semalam.

Skuad bimbingan Nasir Yusof itu menundukkan Proton 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin manakala skuad bawah 20 tahun negara itu turut dibantu gol sendiri untuk membenam Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Johor membolosi kelab Selangor itu menerusi Sairozi Daud dan Mohd. Khairul Ismail pada minit ke-10 dan 83 malah mempunyai kelebihan perbezaan gol untuk terus mengatasi Harimau Muda biarpun kedua-duanya terikat dengan 31 mata.

Masih tanpa kalah selepas 11 perlawanan, Harimau Muda mencapai kemenangan ke atas anak buah Razip Ismail hasil jaringan Shahrul Hafiz Shafei dan gol sendiri Azidan Saruddin, minit ke-16 dan 32 sebelum dirapatkan tuan rumah menerusi Badrul Hisyam Azmi (89).

T-Team pula mengekori di tangga ketiga dengan berpesta gol membelasah Shahzan Muda 5-0 hasil jaringan hatrik Haris Safwan Kamal (17, 40 dan 60), Azrul Hazran Amludin (31) dan Norhisham Hassan (33) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Tiga mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang turut membawa Sabah menaiki satu tangga untuk melonjak ke tangga sembilan dari tempat ke-10 setelah menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka sekadar diikat 1-1 oleh Felda United untuk kekal di tempat kelapan dan keenam.

Manakala dua gol Joseph Kalang Tie membantu Sarawak keluar dari tangga kedua tercorot dengan menewaskan Sinar Dimaja Mai Sarah 2-1 di Stadium Sarawak, Kuching.
0 Komentar untuk "SUKAN : SELASA 12 MEI 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI