Aizat rangkul dua anugerah di Bulgaria - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Aizat rangkul dua anugerah di Bulgaria

Dengarnya ... Aizat dapat dua anugerah di Bulgaria


Oleh Normah Becok



Aizat

SELEPAS Mila Jirin mengharumkan nama negara di Festival Muzik Pop Antarabangsa ke-17 pada Mei tahun lalu, Aizat yang masih lagi berada di Varna, Bulgaria ketika ini baru saja diumumkan menerima dua anugerah. Cik Normah dapat tahu semalam selepas menerima SMS daripada individu yang cukup rapat dengan Aizat.

Kalau Mila mendapat kejayaan Lagu Terbaik menerusi lagu Ilham Di Matamu dan Anugerah Khas Juri Discovery 2008, Aizat pula boleh berpuas hati mendapat Anugerah Khas Persembahan Terbaik menerusi lagu Hanya Kau Yang Mampu. Manakala untuk kategori Lagu Terbaik, Lagu Kita dendangannya hanya berada di posisi tangga ketiga saja.

Cik Normah dan rakan di Hip mengucapkan tahniah kepada Aizat biarpun tidak mampu unggul pada kedudukan yang lebih baik. Baguslah setidak-tidaknya Aizat dapat juga dua anugerah daripada tak dapat langsung. Ini kejayaan peribadi yang digondolnya lagi selepas memenangi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi album sulungnya berjudul Percubaan Pertama pada Anugerah Industri Muzik ke-16 baru-baru ini.

Sehingga kini, Cik Normah tahu masih ada yang meragui kewujudan festival ini. Ada yang cakap anjurannya syok sendiri dan boleh sesuka hati diwujudkan anugerah tertentu demi menjaga hati peserta yang terbabit. Entahlah, harapnya selepas kepulangan Aizat nanti, janganlah timbul isu yang tak sedap didengar.

Tapi tak mustahil akan ada cakap belakang, itu ini dan mungkin juga akan dipersoalkan kenapa dia tidak boleh menang anugerah utama. Ini soal rezeki dan Cik Normah yakin Aizat sudah buat sehabis baik. Kepada Aizat, jangan patah semangat dan teruskan perjuangan untuk terus memartabatkan muzik.





Aizat rangkul dua anugerah di Bulgaria

Daripada Roshihan Annuar Yub
Yang Membuat Liputan Discovery 2009 (XV111 International Music Festival Varna Bulgaria)


BULGARIA Varna 11 Mei - Bintang Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Aizat, 20, mengharumkan nama negara apabila lagu ciptaannya, Lagu Kita berjaya menggondol tempat ketiga kategori Lagu Terbaik pada pertandingan Muzik Pop Antarabangsa Ke-18 yang berlangsung di Opera Theater House Varna, Bulgaria semalam.

Aizat turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai penghibur terbaik pada festival tersebut.

Dengan kejayaan itu, Aizat atau nama sebenarnya Mohd. Aizat Amdan berjaya membawa pulang piala, cenderamata serta lukisan karya pelukis terkenal negara itu.

Penganjur rasmi pertandingan di Malaysia, Nellomar Productions Sdn. Bhd., menyifatkan kemenangan sulung Aizat di peringkat antarabangsa ini merupakan satu pengiktirafan kepada negara.

Di samping itu, Aizat juga berjaya meletakkan dirinya sebaris dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa lain.

Juara kategori ini dimenangi oleh peserta dari Itali, Daniele Musiani dan tempat kedua dari Rusia, Nikolay Demidov.

Untuk kategori Persembahan Terbaik, tempat pertama dimenangi oleh Jia Ruhan dari China diikuti oleh Tina dari Sepanyol dan tempat ketiga pula dirangkul peserta dari Mesir, Shaima Sharaf.

Antara negara-negara lain yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut termasuklah Lithuania, Romania, Turki, Malta, Macedonia, Slovenia dan Ukraine. - UTUSAN
0 Komentar untuk "Aizat rangkul dua anugerah di Bulgaria"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI