SUKAN : SABTU 23 MEI 2009 - KEPUTUSAN LIGA PERDANA - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : SABTU 23 MEI 2009 - KEPUTUSAN LIGA PERDANA

Harimau Muda terus garang

Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Amin Ridzuan Ishak
bhsukan@bharian.com.my


PEMAIN Harimau Muda, Abd Shukur Jusoh (jersi putih) cuba melepasi halangan pemain Tentera pada saingan Liga Perdana di Stadium Selayang, malam tadi.

Tinggalkan Johor sembilan mata apabila tewaskan Tentera 3-0

'NGAUMAN' Harimau Muda kian ketara selepas membuka jurang kelebihan sembilan mata di persada Liga Perdana hasil kemenangan 3-0 ke atas Tentera ketika pesaing utama, Johor, ditimpa kekalahan, malam tadi.

Keperkasaan skuad bimbingan Ong Kim Swee itu ketara di Stadium Selayang apabila berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Yusaini Hafiz Che Saad.

Kelebihan itu digandakan Ahmad Shakir Mohd Ali menerusi jaringan pada minit ke-64 sebelum kapten pasukan, G Gurusamy menyempurnakan peluang terhidang buat gol ketiga pasukannya pada minit ke-74.

Harimau Muda kini memiliki 40 mata selepas 14 perlawanan berbanding hanya 31 mata yang dihimpun Johor di tangga kedua.

Di Stadium Darulmakmur, derita terjelma buat Johor apabila Jalaluddin Jaafar memanfaatkan sepakan penalti untuk Shahzan Muda pada minit ke-46. Ia hanya kekalahan kedua dialami anak buah Nasir Yusof selepas 13 perlawanan.

Di Stadium Hang Tuah, pasukan T-Team berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ketiga biarpun sekadar seri tanpa jaringan dengan Melaka. Kuala Lumpur, menang 2-0 ke atas Proton FC, kini sekadar satu mata mengekori T-Team di tempat keempat.

Di Stadium Kuala Lumpur, PKNS berjaya memintas Proton untuk naik ke tangga kelima selepas menewaskan Felda United 1-0.

Di Stadium Batu Kawan, SDM Kepala Batas dan Sabah terikat seri 1-1. Gol SDM Kepala Batas dijaringkan Azman Nizam Abdullah pada minit ke-64 sebelum Zaykiel Leong menyamakan kedudukan dua minit sebelum tamat.









Shahzan Muda kejutkan Johor

KUALA LUMPUR - Johor membuka tirai pusingan kedua Liga Perdana dengan langkah kiri apabila tewas mengejut 0-1 kepada Shahzan Muda pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, semalam.

Kekalahan itu sekali gus menyaksikan kedudukan mereka selaku pencabar utama pendahulu liga, Harimau Muda, kini semakin terjejas.

Gol kemenangan Shahzan dijaringkan Jalaluddin Jaafar menerusi sepakan penalti pada minit ke-46 selepas Azizul Kamaluddin dikasari Mohd. Rizal Roslan dalam kotak penalti.

Kegagalan Johor itu membolehkan Harimau Muda terus menjarakkan kedudukan dengan kelebihan sembilan mata selepas skuad bawah 19 negara itu menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-0 di Stadium Selayang.

Gol-gol Harimau Muda dijaringkan Yusaini Hafiz Che Saad (m-36), Ahmad Shakir Mohd. Ali (m-63) dan K. Gurusamy Govandar (m-72).

T. Team pula melepaskan peluang untuk memintas Johor di tangga kedua liga selepas hanya mampu seri 0-0 dengan Melaka di Stadium Hang Jebat.

Harimau Muda kini mengumpul 40 mata daripada 14 perlawanan diikuti Johor 31 mata (13 perlawanan) dan T. Team 29 mata.
0 Komentar untuk "SUKAN : SABTU 23 MEI 2009 - KEPUTUSAN LIGA PERDANA"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI