Oleh Hasnira Hassan, Fazallah Pit dan Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my
ABDUL Shukur hasilkan gol pembukaan Harimau Muda
pada minit ke-31 menerusi rembatan sepakan percuma
yang melepasi jangkauan penjaga gol Sabah.
Kuala Lumpur, Proton FC, Shahzan Muda turut raih tiga mata
KEPERKASAAN Harimau Muda dibuktikan apabila menguasai persada Liga Perdana sebaik lengkap pusingan pertama hasil kejayaan menundukkan Sabah 2-0 di Stadium Nasional, malam tadi.
Pencapaian itu tambah hebat apabila barisan kini dibimbing pengendali, Ong Kim Swee, itu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk menghimpun 34 mata selepas mengharungi 12 aksi setakat ini.
Sejak awal lagi, Harimau Muda mengatur asakan bertubi-tubi dan berjaya menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-31 menerusi rembatan sepakan percuma Abdul Shukor Jusoh yang melepasi jangkauan penjaga gol Sabah, Irwan Jamil.
Shukor melengkapkan kemenangan pasukannya dengan gol kedua apabila menguis masuk bola tampanan Irwan hasil pergelutan dalam kawasan penalti Sabah sejurus sebelum tamat permainan.
Di Stadium Batu Kawan, SDM Kepala Batas gagal mengubah nasib di tangga terbawah liga apabila ditumpaskan Kuala Lumpur 1-5. Gol-gol Kuala Lumpur dijaringkan Abdul Hadi Yahya (m23), Yong Kuong Fong (m35), Mohd Hafzairi Azmi (m37), Azidan Sarudin (m- manakala Zainal Jakaria menyumbat gol tunggal SDM pada minit ke-11.
Di Stadium Darulmakmur, dua gol Azizul Kamaluddin membantu Shahzan Muda menundukkan PKNS 3-1. Tirai jaringan dibukanya pada minit ke-20 sebelum menambah gol kedua, dua minit kemudiannya. Abang Rahman Kadir menambah pada minit ke-36 sebelum Mohd Khairul Anuar Ramli membalas buat PKNS pada minit ke-70.
Di Stadium Kuala Lumpur, Felda United dan T-Team terikat seri tanpa jaringan ketika Proton membenam Sarawak 4-2 dalam pertentangan di Stadium MBPJ.
Di Stadium Selayang, Tentera dan Melaka pula sekadar seri 2-2.
Harimau Muda rampas takhta Liga Perdana
|
|
KUALA LUMPUR - Skuad bawah 19 tahun negara, Harimau Muda merampas takhta Liga Perdana daripada Johor selepas menewaskan Sabah 2-0 pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol menerusi Abd. Shukor Jusoh pada minit ke-32 dan 90 cukup untuk memintas Johor menerusi kelebihan tiga mata.
Kemenangan itu sekali gus membolehkan Harimau Muda melengkapkan saingan pusingan pertama dengan cukup bergaya.
Hasil daripada 12 perlawanan, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mengumpul 34 mata diikuti Johor 31 mata dan T. Team 25 mata.
T. Team semalam hanya mampu menambah satu mata lagi selepas diikat seri tanpa jaringan dengan Felda United pada perlawanan di Stadium KLFA, Cheras.
Keputusan itu membolehkan pasukan di tangga keempat liga, Kuala Lumpur mengurangkan jurang perbezaan mata kepada empat sahaja.
Ini selepas kejayaan membelasah SDM Kepala Batas 5-1 pada perlawanan di Stadium Batu Kawan.
PKNS pula dikejutkan Shahzan Muda 1-3 pada perlawanan di Stadium Darul Makmur sekali gus gagal untuk terus menyaingi Kuala Lumpur.
Azizul Kamaludin (m-20, 22) menjaringkan dua daripada tiga gol Shahzan Muda manakala satu gol lagi disumbangkan Abd. Rahman Kadir (m-36).
Gol tunggal dan saguhati PKNS pula dijaringkan Mohd. Khairul Anuar Ramli (m-70).
Dua lagi perlawanan menyaksikan Proton menewaskan Sarawak 4-2 di Stadium Kelana Jaya manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seri 2-2 dengan Melaka di Stadium Selayang.
0 Komentar untuk "SUKAN : SABTU 16 MEI 2009 - LIGA PERDANA 2009"