SUKAN : SABTU 09 MEI 2009 - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : SABTU 09 MEI 2009

Johor mengamuk di Kepala Batas


PEMAIN Shahzan Muda, P. Rajesh (kiri) dihalang pemain Melaka, G. Krishnan dalam saingan bolasepak Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Melaka menang 3-1. - UTUSAN/ RUSHDI SALLEH


KUALA LUMPUR - Pendahulu Liga Perdana, Johor membelasah SDM Kepala Batas 5-0 di Stadium Batu Kawan malam tadi untuk mengekalkan kedudukan itu daripada dirampas Harimau Muda.

Menyedari hanya kemenangan besar dapat meletakkan mereka terus berada di puncak liga, Johor kini memiliki perbezaan dan jumlah jaringan yang lebih besar iaitu 27 gol berbanding 24 gol yang dimiliki Harimau Muda.

Kedua-dua pasukan kini terikat 28 mata sama tetapi Harimau Muda yang menewaskan Johor 4-2 Isnin lalu masih bermain kurang satu perlawanan.

Harimau Muda turut mencatat kemenangan semalam dengan menewaskan Sarawak 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk kekal di tangga kedua.

Skuad bawah 19 tahun negara itu mencatat kemenangan kesembilan daripada 10 perlawanan yang telah mereka lalui setakat ini.

Malah mereka muncul satu-satunya pasukan yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini.

Kuala Lumpur juga menang semalam dengan jumlah jaringan yang sama mengatasi Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Ini memberi kesempatan kepada mereka untuk menghampiri pasukan di tangga ketiga liga, T. Team dari Terengganu yang tidak turun beraksi semalam.

Kuala Lumpur kini mengumpul 18 mata daripada sembilan perlawanan manakala T. Team sudah pun mengumpul 21 mata daripada 10 perlawanan.




-----------------------------------------------------------------------------------


Harimau Muda baham Sarawak

Oleh Fazallah Pit, Azrone Sarabatin dan Asrol Awang
bhsukan@bharian.com.my


PEMAIN Harimau Muda Abdul Shukur Jusoh (kanan) cuba diasak pemain Sarawak Joseph Kalang pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

HARIMAU Muda menghadiahkan satu kemenangan buat kenangan jurulatihnya K Rajagobal dalam kemunculan terakhir pengendali itu bersama skuad pelapis itu apabila menewaskan Sarawak 3-0, namun usaha itu belum cukup untuk menyekat Johor terus mendahului carta Liga Perdana selepas membelasah Kepala Batas 5-0, malam tadi.

Dalam saingan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, skuad Harimau Muda mudah mendahului dengan tiga gol dengan Ahmad Shakir Mohd Ali membuka tirai jaringan minit ke-29.

Tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti selepas Mohd Shahrul Hafiz dijatuhkan dalam kotak penalti dan Abdul Shukor Jusuh menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-32 menewaskan penjaga gol Sarawak, Abdul Ghani Anwar dan dengan empat minit sebelum babak pertama tamat, Gary Steven Robbat hadir menyumbat gol ketiga.

Di Stadium Batu Kawan, pasukan Kepala Batas gagal mengekang kemaraan skuad Johor apabila tewas 0-5 di halaman sendiri. Penjaring gol pelawat adalah menerusi Azrin Affendy Kadudin, minit ke-49, Mohd Kairozi Daud (m-49 dan 91), Mohd Faizol Husail (m-80) dan Mohd Khairul Ismail (m-85).

Di Stadium Likas, dua jaringan Abdul Hadi Yahya pada separuh masa pertama dan gol Mohd Shazmi Firdaus pada babak kedua membolehkan Kuala Lumpur pulang dengan tiga mata menewaskan Sabah.

Abdul Hadi mengambil kesempatan ketika keadaan kelam kabut di depan kotak penalti Sabah pada minit ke-25 dan minit ke-43 menghukum Sabah manakala Shazmi turut mengambil kesempatan terhadap kealpaan benteng tuan rumah minit ke-65.

Di Stadium Darulmakmur, kehadiran Zainal Abidin Hassan selaku jurulatih Shahzan Muda, gagal menyuntik semangat pemain apabila mereka diaibkan pelawat dari Melaka, 1-3 dengan pelawat menjaringkan gol minit ke-8 dan 71 menerusi, Mohd Faizal Nasir dan Mohd Fauzi Kassim, minit ke-75 hasil sepakan penalti. Shahzan mendapat gol sagu hati hasil jaringan Abdul Rahman Kadir minit ke-10.

Proton FC pula tewas kepada PKNS FC 1-0 manakala Tentera menundukkan Felda United, juga 1-0.

0 Komentar untuk "SUKAN : SABTU 09 MEI 2009"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI