SUKAN : RABU 20 MEI 2009 - LIGA PERDANA - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : RABU 20 MEI 2009 - LIGA PERDANA

Semangat juang pasukan Harimau Muda dipuji

Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA
utusansabah@utusan.com.my


KOTA KINABALU - Pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee memuji semangat juang tinggi pasukan itu apabila menewaskan Sabah 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Khidmat bekas pemain kebangsaan yang menggantikan K. Rajagobal selaku jurulatih baru Harimau Muda berkata, beliau sangat gembira dengan kemenangan kelmarin.

''Tahniah kepada pemain saya. Semangat juang tinggi mereka menjaringkan gol pada minit-minit terakhir memberikan kemenangan berharga buat Harimau Muda.

''Justeru, dengan tiga mata yang amat berharga di bawa pulang ke Kuala Lumpur, saya berharap pemain dapat mengekalkan rentak kemenangan ini bagi perlawanan berikutnya menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya, kelmarin.

Jaringan tunggal penyerang Harimau Muda, Abdul Shukur Jusoh pada minit ke-90 memusnahkan harapan tuan rumah, Sabah untuk mengikat pendahulu Liga Perdana itu dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Sabah berpeluang berada di depan menerusi Zainizam Marjan pada minit ke-24, namun tandukan pemain ini tersasar.

Meskipun menang, Kim Swee berpendapat, pasukannya sepatutnya mampu mencipta lebih satu gol dalam perlawanan itu.

''Seperti yang saya katakan Sabah bermain dengan baik sekali terutama penjaga golnya (Harold John). Banyak peluang kami berjaya diselamatkan beliau.

''Kita pula menghadapi masalah pada jentera serangan. Jadi untuk perlawanan menentang ATM, kita akan berusaha mengatasi ketumpulan jentera serangan kita yang dipamerkan semalam," ujarnya.

Dengan kemenangan itu, Harimau Muda kini mengumpul 37 mata daripada 11 kemenangan dan seri satu, sekali gus melebarkan penguasaan mereka sebagai pendahulu Liga Perdana.
0 Komentar untuk "SUKAN : RABU 20 MEI 2009 - LIGA PERDANA"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI