SUKAN : JUMAAT 22 MEI 2009 - Johor yakin rampas semula persada Liga Perdana - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

SUKAN : JUMAAT 22 MEI 2009 - Johor yakin rampas semula persada Liga Perdana

Johor yakin rampas semula persada Liga Perdana

Oleh Rizar Mohd Noor
bhsukan@bharian.com.my


PEMAIN Johor Mohd Sairozi Daud (kiri) antara sandaran Nasir (gambar kecil) untuk merampas kembali persada Liga Perdana.

BIARPUN terlepas cengkaman untuk menerajui Liga Perdana, Johor tampak belum cemas, sebaliknya yakin untuk merampas kembali kedudukan itu dari skuad Harimau Muda apabila beraksi semula dalam saingan itu selepas berehat hampir 10 hari.

Justeru, pertembungan menentang Shahzan Muda di Stadium Darulmakmur, malam ini dianggap misi penting buat jurulatih Nasir Yusof yang mengidamkan tiga mata, namun tetap ingin memastikan pemainnya berhati-hati apabila berdepan pasukan lawan.

Johor yang ketinggalan enam mata selepas tidak beraksi pada dua perlawanan lalu perlu mencatat kemenangan ke atas Shahzan Muda bagi merapatkan jurang mata dengan Harimau Muda yang kini selesa mengumpul 37 mata.

Oleh itu, Nasir yang sinonim dengan gelaran 'The Professor' bakal menurunkan barisan terbaik selepas dia sedar betapa Shahzan Muda sudah mula menunjukkan peningkatan apabila meraih kemenangan 2-1 dan seri 1-1 ketika menentang PKNS Selangor.

"Nampaknya Johor perlu memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan itu dan tidak bersikap ambil mudah mudah memandangkan Shahzan Muda tampak konsisten selepas menang 2-1 ke atas PKNS sebelum seri 1-1 dalam perlawanan Isnin lalu.

"Persiapan yang saya lakukan lebih terarah untuk mencari kemenangan, namun ada dua pemain yang mengalami selesema dan saya jangkakan mereka akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat selain pemain lain sudah menjalani latihan empat sesi.

"Terkilan juga apabila kedudukan teratas yang dikuasai selepas 10 perlawanan dirampas oleh Harimau Muda tetapi giliran Johor pula memiliki kelebihan beraksi kurang satu perlawanan dan saya yakin perancangan rapi yang dibuat mampu mengembalikan Johor di tangga teratas," katanya.

0 Komentar untuk "SUKAN : JUMAAT 22 MEI 2009 - Johor yakin rampas semula persada Liga Perdana"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI