ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia

ADUN PAS Manek Urai meninggal dunia



BN wajar bertanding di DUN Manik Urai - Ahmad Maslan
ALOR SETAR: Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata secaraperibadi beliau berpendapat Barisan Nasional (BN) wajar bertanding padapilihan raya kecil Dewan

Malu kalah PRK, BN dinasihat tidak letak calon
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) dari terus malu dengan sir

Dun Manek Urai kosong diberitahu SPR Isnin ini - Speaker
KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud akan mema

Paksu Mail pemimpin berjiwa rakyat
KOTA BHARU, 22 Mei (Hrkh) - PAS dan kerajaan Kelantan kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat apa

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob kembali kerahmatullah
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) -Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai, Haji Ismail bin Yaacob, 60 me

Speaker Kelantan maklum SPR kekosongan DUN Manik Urai, Isnin ini
KUALA KRAI: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan,Mohd Nassuruddin Daud akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung kekosongan kerusi DUN Manik Urai, Isnin ini.




Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Ismail Yaacob dari PAS meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi penyakit kencing manis yang dihadapinya.

Ismail, 60, meninggal dunia kira-kira pukul 5.55 pagi tadi.

Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Jummat.

Ia disahkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

PAS dijadual mengadakan sidang media khas pukul 11 pagi ini.

Ismail telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II akhir bulan lalu.

Dalam pilihan raya umum lalu beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamed Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.





ADUN PAS meninggal dunia
May 22, 09 8:11am

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.

Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini.

Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192


ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia
KOTA BAHARU 22 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, IsmailYaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II disini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

SPR tunggu makluman rasmi Speaker Kelantan
KUALALUMPUR: KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu menunggunotis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai daripadaSpeaker DUN Kelantan sebelum memutuskan pilihan raya kecil di kawasanitu.

Adun Pas Manik Urai meninggal dunia
KOTABHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Ismail Yaacob, 60,meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Adun Manik Urai meninggal dunia
KOTABAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai, Kelantan, IsmailYaacob, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II padakira-kira jam 5.55 pagi ini kerana sakit jantung
0 Komentar untuk "ADUN PAS Manik Urai meninggal dunia"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI