Oleh Kamudin Baharom, Rizar Mohd Noor dan Bashah Zainol Abidin
bhsukan@bharian.com.my
PEMAIN Selangor, Safee Sali (kiri) cuba dihalang pemain Kedah pada perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. |
Singa Utara gagal pertahan posisi selepas tewas di Kangar
PENGUASAAN Perlis di persada Liga Super akhirnya terungkai ekoran kekalahan di gelanggang sendiri ketika pesaing utama, Selangor, bergembira di Shah Alam, malam tadi.
Di Stadium Utama, jaringan Ashaari Shamsuddin pada minit ke-74 membolehkan Terengganu menggamamkan lawan apabila gerakan solonya dari tengah terus ke kawasan penalti sebelum disudahkan dengan rembatan ke sasaran.
Ketika Perlis meningkatkan usaha menyerang buat mencari gol penyamaan, kealpaan benteng dihukum gol Abdul Manaf Mamat pada penghujung masa kecederaan untuk Terengganu pulang membawa kemenangan 2-0.
Perlis kini kekal dengan 38 mata, dipintas Selangor yang memiliki 40 mata selepas bangkit menundukkan Kedah hasil kejayaan 3-1 di Stadium Shah Alam.
Kedah bagaimanapun lebih awal mendahului menerusi jaringan Fauzi Shaari pada penghujung babak pertama sebelum Amri Yahyah mengikat kedudukan buat tuan rumah pada minit ke-56.
Rudie Ramli kemudiannya menjelmakan gol pendahuluan Selangor pada minit ke-67 sebelum Amirulhadi Zainal melengkapkan kemenangan menerusi jaringan ketiga, tiga minit sebelum tamat.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan membelasah Pulau Pinang 5-1 untuk memintas Kedah di tangga ketiga. Johor FC turut menang besar, 4-0 mengatasi Pahang ketika KL Plus membenam Kelantan 2-0.
Di Stadium Darulaman, KM Naza berjaya melakar kemenangan 3-1 ke atas Perak ketika pertembungan UPB MyTeam dan Polis di Stadium Petaling Jaya, berakhir seri tanpa jaringan.
Selangor rampas takhta, Perlis tersungkur
KUALA LUMPUR - Selangor merampas takhta Liga Super daripada Perlis hasil kejayaan menewaskan Kedah 3-1 pada perlawanan di Stadium Shah Alam, semalam.
Walaupun skuad bimbingan K. Devan itu ketinggalan di babak pertama permainan menerusi jaringan Ahmad Fauzi Shaari namun mereka bangkit dengan tiga gol di babak kedua.
Mohd. Amri Yahyah (m-55) membuka jaringan buat Selangor untuk gol penyamaan sebelum Rudie Ramli (m-62) dan Amirulhadi Zainal (m-87) menghadiahkan tiga mata berharga yang membolehkan mereka kini muncul pendahulu liga.
Bagi Kedah, kekalahan kepada Selangor merencatkan usaha mereka untuk menjadi pencabar kejuaraan Liga Super musim ini apabila terpaksa turun daripada tangga ketiga ke tangga keempat liga.
Kejayaan Selangor itu turut dibantu kekalahan mengejut 0-2 Perlis di gelanggang keramat mereka di Stadium Utama Kangar kepada Terengganu.
Walaupun menguasai sebahagian besar permainan namun tempoh 15 minit terakhir menyaksikan skuad bimbingan Irfan Bakti itu tiba-tiba hilang tumpuan.
Ini membolehkan Terengganu menjaringkan dua gol menerusi Ashaari Samsudin (m-76) dan Abd. Manaf Mamat (m-90) sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Perlis di gelanggang sendiri musim ini.
Negeri Sembilan pula kembali menduduki tangga ketiga liga selepas membelasah Pulau Pinang 5-1 di Stadium Tuanku Abd. Rahman, Paroi.Merah Kuning rampas persada Liga Super
0 Komentar untuk "SUKAN : AHAD 24 MEI 2009 - KEPUTUSAN LIGA SUPER"