EGM PPP lantik Murugiah Presiden baru, lucut Kayveas - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

EGM PPP lantik Murugiah Presiden baru, lucut Kayveas

Image

EGM PPP lantik Murugiah Presiden baru, lucut Kayveas

PUTRAJAYA: Krisis Parti Progresif Penduduk (PPP) semakinserius dengan kumpulan Senator T. Murugiah yang dipecat minggu lalumemilih beliau sebagai Presiden baru parti itu.

EGM PPP: Lucutkan Kayveas, Murugiah Presiden baru

Murugiah: Ini tsunami politik dalam PPP, sejarah baru

PRESIDEN BARU... Senator T. Murugiah (tengah) menjawab soalan wartawan selepas dipilih sebagai Presiden PPP yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: Parti Progresif Penduduk (PPP), yang pernah dilanda krisis kepimpinan dua dekad lalu, kini kembali ke era lama apabila kumpulan penyokong Senator T. Murugiah, yang dipecat minggu lalu, memilih beliau sebagai Presiden baru parti itu hari ini.

Ia diputuskan pada Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM).

Malah EGM itu juga melucutkan Datuk M. Kayveas sebagai Presiden.

Ketika mesyuarat ini diadakan Kayveas dikatakan berada di Johor untuk merasmikan persidangan perwakilan negeri itu.

EGM yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula pukul 12 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian.

Murugiah dibawa masuk ke dalaman dewan persidangan dengan iringan muzik dan diusung oleh penyokongnya sebaik sahaja usul pertama diluluskan oleh perwakilan.

Usul pertama menyebut tentang pembatalan keputusan memecat enam pemimpin PPP termasuk Murugiah minggu lalu.

Enam usul diluluskan EGM termasuk yang berkaitan dengan pemilihan Murugiah sebagai Presiden.

Lima usul lain yang diluluskan ialah: - undi tidak percaya dan melucutkan Kayveas sebagai Presiden PPP

- memilih Murugiah sebagai Presiden

- undi tidak percaya terhadap kesemua Ahli Majlis Tertinggi, sekali gus memecat mereka

- memilih tiga Naib Presiden dan 22 Ahli Majlis Tertinggi yang baru

- membatalkan proses penamaan calon 30 Mei ini dan menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan dijadual pada 7 Jun ini

Kesemua usul diluluskan dengan ucapan mengecam kepimpinan Kayveas.

Selain memilih Murugiah, EGM juga memilih tiga Naib Presiden yang baru dan 22 AMT.

Pada 9 Mei lepas, Murugiah dipecat daripada PPP kerana didakwa terlibat dengan politik wang.

Ketika ditemui wartawan kemudian, Murugiah berkata, EGM hari ini dihadiri 1,760 perwakilan dari seluruh negara.

"EGM ini sah dan ikut undang-undang," kata Murugiah sambil menambah akan menemui Pendaftar Pertubuhan (ROS) esok untuk memaklumkan perkembangan dan hasil EGM.

Beliau juga mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak untuk memaklumkan perkembangan baru ini.

Sambil menyifatkan perkembangan hari ini sebagai "tsunami politik dalam PPP", Murugiah berkata, beliau juga sudah menerima pengesahan ROS yang cawangannya, Sg. Parit Tower sudah dihidupkan semula minggu lalu.

"Saya menerima surat daripada ROS Jumaat lalu," katanya.

Bagaimanapun Murugiah kelihatan "beremosi" apabila ditanya soalan sama ada PPP kini mempunyai dua orang presiden.

"Kayveas sudah dilucutkan tadi dan perwakilan memilih saya... ini keputusan perwakilan," kata beliau yang turut menegaskan, notis secukupnya telah dikeluarkan untuk mengadakan EGM hari ini.

Kata Murugiah, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenainya dan menyerahkan kepada peguamnya dan ROS.

Kata Murugiah, EGM dianjurkan oleh perwakilan dan beliau hanya dijemput hadir, sekali gus dipilih sebagai Presiden PPP yang baru.

Terdahulu dalam ucapannya sebagai Presiden baru, Murugiah berkata, beliau akan kembali menjalin hubungan baik dengan parti-parti komponen BN.

"Saya akan mengadakan kunjungan hormat menemui pemimpin parti-parti komponen BN tidak lama lagi," katanya.

Hari ini beliau turut mengumumkan pelantikan Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri serta pengerusi perhubungan negeri PPP.

0 Komentar untuk "EGM PPP lantik Murugiah Presiden baru, lucut Kayveas"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI