Kelantan pulang semula ke Kota Bharu
KUALA LUMPUR - Selepas dua kali mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelantan akhirnya dibenarkan beraksi semula di Stadium Sultan Muhammed IV sebagai gelanggang tuan rumah.
Jawatankuasa Tatatertib FAM yang bersidang, kelmarin membuat keputusan untuk menarik semula pengantungan tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, keputusan itu dicapai berikutan semakan semula hukuman yang dikenakan pada 10 April kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
"Keputusan dibuat berdasarkan fakta-fakta baru yang terdapat pada rayuan kedua yang tidak terdapat pada rayuan pertama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Jelasnya, pengerusi jawatankuasa itu, Kamaruddin Abdullah mempunyai kuasa mutlak dalam mengkaji dan meneliti semula keputusan lalu.
"Ia di atas kuasa yang dimiliki oleh pengerusi jawatankuasa tatatertib mengikut kod etika tatatertib bagi menarik semula hukuman tersebut selepas melihat rayuan yang telah dibuat.
"Bagaimanapun Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM akan menetapkan syarat-syarat yang harus dipatuhi KAFA sebelum saingan liga bersambung semula 16 Jun ini," kata Azzuddin.
Katanya, perjumpaan Jawatankuasa Pertandingan dan KAFA akan diadakan minggu depan tetapi masih belum menepatkan tarikhnya.
"Kami bukan hendak memberi amaran kepada KAFA, sebaliknya berbincang dan memberi nasihat kepada mereka selepas dibenarkan semula beraksi di Kota Bharu.
"Perjumpaan ini adalah kebaikan bersama dan kita perlulah mengamalkan sikap saling tolong-menolong antara satu sama lain dalam sukan bola sepak," katanya.
Azzuddin berkata, hukuman yang dikenakan sebelum ini akan perlu diambil sebagai iktibar buat semua pihak bukan sahaja penyokong Kelantan sahaja.
"Kita memang hanya boleh berusaha agar perkara (rusuhan) ini tidak berlaku semula tetapi jika ia hendak berlaku sekali lagi ia tetap juga akan berlaku," katanya.
KAFA mahu tingkat tahap keselamatan stadium
KUALA LUMPUR - Keputusan dibenarkan semula beraksi di Stadium Sultan Muhammed IV disambut gembira oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), namun banyak lagi tugas untuk memastikan tahap keselamatan diperketatkan agar peristiwa rusuhan Mac lalu tidak berulang.
Menurut presidennya, Tan Sri Annuar Musa perbincangan antara KAFA dan perbadanan stadium akan diadakan bagi melakukan penambahbaikan stadium tersebut terutama sekali aspek keselamatan.
"Kita akan mengubah kedudukan kaunter tiket dan membina terowong untuk laluan pemain memasuki padang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Jelasnya, langkah-langkah keselamatan ketika perlawanan liga juga akan diperketatkan dan segelintir penyokong yang sering membuat kacau dengan melontar objek ke dalam padang dinasihatkan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana membenarkan kami beraksi semula di Kota Bharu.
"Ini adalah satu rangsangan buat pihak pengurusan dan pasukan Kelantan sebelum untuk kembali beraksi dengan lebih cemerlang seperti di awal musim," katanya.
Kata Annuar, peluang ini akan digunakan sepenuhnya untuk membina semula kekuatan pasukan Kelantan apabila berlaku penurunan prestasi selepas dihukum beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang tuan rumah.
'Jaminan' jadi kunci kejayaan Kelantan
Oleh Mohd Fadzrie Hazis
fadzrie@bharian.com.my
FAM pegang syarat Kafa tingkat keselamatan
JAMINAN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk memastikan tahap keselamatan di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, berjaya meyakinkan Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membenarkan stadium itu kembali digunakan bagi baki saingan Liga Malaysia.
Kafa memberi jaminan itu dalam surat rayuan keduanya kepada FAM, Isnin lalu, selepas usaha pertama mereka ditolak Jawatankuasa Rayuan badan induk itu.
Antara jaminan yang dijanjikan Kafa untuk memastikan tahap keselamatan terkawal ialah mengubah kedudukan kaunter tiket bagi memudahkan kawalan, membina terowong pemain dari bilik persalinan ke padang dan pengurusan keselamatan yang lebih rapi dengan pihak polis.
FAM menjatuhkan hukuman larangan kepada Kelantan untuk beraksi di Stadium Sultan Muhamad ke-IV pada 10 April lalu, gara-gara rusuhan penyokong selepas aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan pada 7 April lalu. Sebaliknya, Kelantan diarah beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk perlawanan di tempat sendiri.
“Keputusan untuk membenarkan semula Kelantan bermain di Stadium Sultan Muhamad ke-IV adalah berdasarkan kandungan terbaru dalam rayuan kedua yang dibuat Kafa awal minggu ini.
“Selain itu, perkara 3.2 perlembagaan FAM juga membolehkan Jawatankuasa Disiplin menarik balik hukuman itu berdasarkan budi bicara pengerusinya, Kamarudin Abdullah,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
Kelantan akan memulakan semula aksi di Stadium Sultan Muhamad ke-IV dengan menentang kelab Lembah Klang, UPB-MyTeam dalam saingan Liga Super pada 16 Jun.
Sementara itu Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menyambut baik keputusan FAM itu dan menegaskan akan mematuhi segala syarat yang dikenakan badan induk itu untuk membolehkan mereka kembali beraksi di Kota Bahru.
“Keputusan FAM itu boleh saya katakan tepat pada masanya, memandangkan kewangan Kafa turut terjejas kerana perbelanjaan tinggi untuk berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan kami amat berterima kasih kepada badan induk itu.
“Kami akan mengambil langkah-langkah lain yang difikirkan perlu untuk memastikan kejadian rusuhan sebelum ini tidak berulang lagi,” kata Annuar
BERITA INFORMASI TERKINI
ISU SEMASA
LIKE FACEBOOK
Networkedblogs
Popular Posts
-
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm SAYA dapati da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
KUALA LUMPUR: Festival fans can finally breathe easy as Livescape Asia today announced the full line-up of acts wired to take ove...
-
Zarina sudah berpunya Ketika mengadakan sesi fotografi dengan Pancaindera Selasa lalu,Zarina, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF...
-
TIMELINE SEJARAH TAMADUN DUNIA & RASUL BERDASARKAN KITAB WAHYU PERMULAAN ZAMAN NEOLITIK - ZAMAN MANUSIA MODEN 4000 SM - NABI ADAM AS (...
-
SHAH ALAM - Berikut ialah intipati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di...
-
Nik Aziz tak wajar debat keputusan Majlis Fatwa KUALALUMPUR: Keputusan Majlis Fatwa sudah jelas dan sebarang rasa tidak puasha...
-
15 OKT — Nampaknya perempuan yang tidak memakai tudung di Malaysia sudah menjadi spesies yang terancam. Soalnya diancam oleh apa dan siap...
-
Oleh ABD. AZIZ ITAR (WARTAWAN UTUSAN) SKRIP merupakan elemen yang paling penting untuk menarik para penonton menghayati sesebuah jalan ceri...
-
SUBANG JAYA: Walaupun PAS memutuskan untuk tidak menyertai sidang meja bulat bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahli Parlimen P...
BERITA HARI INI
Facebook Badge
Followers
Search This Blog
Popular Posts
-
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemahamikepentinganKWSPdanPerkeso/Article/index Oleh Mohd Yahya Mohamed Ariffin mohdyma@um.ed...
-
PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin telah menyatakan pandangannya tentang lelaki dan wanita bukan muhrim yang bersalaman, selepas gambar...
-
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehin Mukhyi berkata, perbincangan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali pagi tadi bukan mengen...
-
KUALA LUMPUR: "Mahkamah ini sangat kecewa dengan sikap tertuduh, orang bijak pandai, lulusan universiti, sepatutnya menjadi kebang...
-
TAHNIAH TUN!!!! Kerana berjaya mendidik anak angkat sehinga menempa kejayaan sebegini Patut la Tun marah sangat bila kerajaan nak halang jua...
-
PETALING JAYA: Aktivis Syed Azmi AlHabshi hari ini menegur Pemuda PAS kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pengharaman alkohol da...
-
OPENING speech by the agent of Malaysia at the International Court of Justice on the question of Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Pu...
-
PUTRAJAYA: "Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno," kata Setiausaha Agung Umno Datuk S...
-
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengajak Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP, PAS dan Amanah menerima hak...
-
SHAH ALAM: PAS bertekad tidak akan menyerahkan kerusi Parlimen yang parti itu menangi pada pilihan raya umum (PRU) lalu kepada rakan pe...
THE BEST BLOG
THE BEST BLOG 2
MY TOP BEST WEB
BLOGGER POLITIK
BLOG
POLITIKUS
- Azmin Ali
- Datin Ismalina Ismail
- Dato' Haji Mahfuz Omar
- Dato' Ir. Haji Idris Haji Haron
- Dato' Saifuddin Abdullah
- Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo
- Dato' Seri Haji Abd Hadi Awang
- Datuk Mukhriz Mahathir
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
- Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam
- Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
- Datuk Shahrir Abdul Samad
- Kelab Maya Tun Dr. Mahathir
- Lim Kit Siang
- Mylangkawi Politik
- Nurul Izzah Anwar
- Najib Tun Abdul Razak
- PAS Kawasan Bangi
- PKR Langkawi
- Shamsul Iskandar Mohd Akin
- Tan Sri Sanusi Junid
- Tok Guru Nik Aziz
- Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Umno Bahagian Langkawi
- Zulkifli Noordin
0 Komentar untuk "LIGA SUPER : Kelantan pulang semula ke Kota Bharu"