PERLUKAH TIMBALAN PAS JUGA SEORANG ULAMA? - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PERLUKAH TIMBALAN PAS JUGA SEORANG ULAMA?

Pas perlu dipimpin para ulama
KOTA BHARU 9 Mei – Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamed Daud Iraqi tetapbertegas mahukan ulama memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presidenparti itu serta salah satu jawatan Naib Presiden.

Ketua Pemuda tempelak pemimpin Pas
KOTABHARU 9 Mei - Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Muhammad Zaki Ibrahim (gambar ) menempelak sikap sesetengah pemimpin tertinggi parti itukerana masih mempertikaikan perkara asas dan dasar perjuangan partiyang telah ditubuhkan lebih 50 tahun lalu.

Mahu ulama profesional
KOTABAHARU 9 Mei - Dewan Pemuda Pas Kelantan mahu golongan ulamaprofesional meneruskan kepimpinan bagi menjamin kesinambungan masadepan parti itu.


Pemuda Pas bidas pertikai hak bukan ulama tanding
KOTABHARU: Dewan Pemuda Pas Kelantan membidas segelintir pemimpin parti ituyang seolah-olah tidak memahami perkara asas termaktub dalamPerlembagaan Pas sehingga secara berterusan mempertikaikan hak bukanulama untuk bertanding jawatan tertinggi parti.


-----------------------------------------------------------------------------------


Inilah persoalan yang penting untuk dilihat pada masa sekarang. Di dalam PAS sudah mempunyai jawatan Murshidul Am PAS dan Dewan Ulama sendiri, jadi wajar lagikah apabila PAS masih lagi menidakkan golongan profesional diperingkat tertinggi? Untuk jawatan Presiden bolehlah dikatakan PAS masih lagi perlu mengekalkan status seorang ulama tetapi adakah masih relevan lagi sekarang sehingga jawatan Timbalan Presiden pon dikhususkan untuk ulama juga?

PAS sekarang bukan sahaja sebagai PAS sahaja tetapi dilihat sebagai parti utama di Malaysia sekarang, jadi jika parti UMNO perlu diubah, adakah PAS masih lagi masih ditakuk lama? Dengan golongan profesional pon masih lagi berkira2 bagaimana dengan hasrat untuk menjadi ahli PAS terbuka kepada bukan ISLAM, sudah tentulah akan mengambil masa yang lama lagi.

Sepatutnya jawatan Timbalan Presiden PAS tidak dikatakan untuk menjadi pengganti Presiden, tetapi sebagai persediaan PAS untuk mengangkat satu lagi golongan keperingkat lebih tinggi. Cubalah kita lihat Timbalan Presiden PAS sekarang, adalah beliau layak menjadi seorang Presiden PAS? Sudah tentu tidak. Jawatan Timbalan Presiden itu hanyalah satu syarat untuk mengekalkan status seorang ulama ( ulama ker? ) sebagai Timbalan Presiden. Sepanjang menjadi Timbalan Presiden, tidak nampak langsung ketokohan Nasharudin menjadi seorang pemimpin PAS. Tidak banyak kedengaran aktiviti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden kecuali berpakat dengan UMNO, itu sahaja.

Jadi, dengan status perkembangan semasa, wajarlah peringkat kedua tertinggi PAS di buka kepada seorang profesional yang juga mempunyai asas ISLAM yg kuat. Dengan gabungan ulama dan profesionallah, PAS akan dilihat lebih jitu dan alternatif terbaik sebagai parti rakyat Malaysia.

Walaupon begitu, jika ada yang merasakan, status qou ituperlu dikekalkan, apa salahnya PAS tambah lagi jawatan Timbalan Presiden PAS kepada dua, iaitu seorang ulama yang akan menjadi pengganti Presiden dan satu lagi kepada golongan Profesional yg sudah tentulah mewakili golongan profesional bukannya untuk merebut jawatan Presiden, yang pada masa sekarang masih lagi relevan dikhususkan kepada seorang ulama.

Mungkin juga PAS boleh tambah jawatan Naib Presiden kepada 5, memandangkan PAS sekarang bukannya menjadi kerajaan di sebuah negeri tetapi sebahagian drpd sebuah kerajaan yg SAH di 5 negeri. Jadi, lebih ramai pemimpin PAS lebih baik untuk memimpin bukan sahaja ahli PAS tetapi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Presiden, Timbalan Presiden PAS perlu kalangan ulama

KUALA KRAI: Presiden dan Timbalan Presiden dalam PAS perlu dipilih daripada kalangan ulama demi masa depan parti itu, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud.

"Kita mahu jawatan nombor satu dan dua dalam PAS kekal disandang oleh kalangan ulama," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai pencalonan beberapa pemimpin tertinggi PAS menjelang muktamar agung itu dan lebih menarik tawaran beberapa pemimpin bukan kalangan ulama menawarkan diri bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

Antara mereka yang menawarkan diri untuk jawatan itu adalah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.

Mohamad berkata jika kedua-dua jawatan itu tidak diberikan kepada pemimpin bertaraf ulama, beliau khuatir keadaan itu akan merosakkan PAS pada masa depan.

Justeru, beliau tetap mempertahan kepimpinan ulama dalam barisan kepimpinan PAS pada pemilihan di muktamar agung parti itu di Shah Alam, Selangor, Jun ini.

Ditanya mengenai saf kepimpinan yang ada sekarang, Mohamad berkata kedudukan itu wajar dikekalkan tetapi bagi jawatan Naib Presiden dan seterusnya boleh diserahkan kepada pemimpin daripada kalangan profesional atau ulama.

"Tak perlu pertikailah untuk jawatan lain itu. Jawatan lain tidak penting, kecuali untuk nombor satu dan dua," katanya.BERNAMA



Image
Bukan ulama boleh terajui Pas
KUALA LUMPUR 1 Mei - Bukan ulama pun boleh terajui Pas! Ahli MajlisSyura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini menyanggah Ketua Dewan Ulamaparti itu, Datuk Mohamed Daud Iraqi yang menyatakan jawatan Presidendan Timbalan Presiden perlu disandang oleh golongan ulama.


Pemuda sifatkan kenyataan tidak tepat
KOTABHARU 1 Mei - Dewan Pemuda Pas Kelantan menyifatkan kenyataan DewanUlama parti itu bahawa hanya ulama yang layak menjadi pemimpin sebagaitidak tepat.
0 Komentar untuk "PERLUKAH TIMBALAN PAS JUGA SEORANG ULAMA?"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI