Golongan LGBT boleh diubah - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Golongan LGBT boleh diubah



ADA dalam kalangan masyarakat khususnya orang Islam yang mengalami tarikan seks sesama gender tetapi tidak mahu tergolong dalam kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta berusaha menjalani kehidupan menepati syariat. Justeru, golongan itu jika tidak disantuni dan dibimbing sebaiknya akan mudah menjerumuskan diri mereka dalam kelompok LGBT yang cenderung melakukan perkara bertentangan ajaran agama. Pengasas sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia, Yayasan Peduli Sahabat, Agung Sugiarto berkata, seluruh anggota masyarakat termasuk golongan agama perlu mendakap (membimbing) mereka supaya dapat menjalani kehidupan yang sejahtera.

Katanya, berdasarkan temu bual yang dilakukan dua daripada 35 rakyat Indonesia mengalami tarikan seks terhadap sesama gender dan satu daripada sembilan rakyat negara itu adalah homoseksual. "Kami giat melaksanakan usaha membimbing mereka yang berdepan masalah homoseksual ini dan antara faktor mendorong seorang itu terbabit kegiatan LGBT ialah kurangnya peranan ayah, dominasi karakter ibu dan sikap terlalu melindungi. "Selain itu, pornografi, keluarga bermasalah, persekitaran serta masalah buli juga antara penyebab yang dikenal pasti mendorong seorang itu terjebak dalam golongan LGBT," katanya pada Seminar Kesedaran Ummah: LGBT... Apa Yang Anda Perlu Tahu?, baru-baru ini.

Boleh kembali normal 

Seminar dihadiri guru kaunseling, pelajar dan ibu bapa itu anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kolej Pendidikan Antarabangsa (INTEC). Seminar ini bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran masyarakat berkenaan isu LGBT, cara menyantuni golongan berkenaan serta mengajak ahli masyarakat terbabit dalam usaha membimbing mereka ke pangkal jalan. Agung turut berkongsi pengalaman mendekati golongan LGBT dan berpandangan bahawa mereka boleh diubah menjadi manusia normal tetapi semua itu memerlukan usaha dua hala khususnya daripada kesungguhan yang ingin berubah. Menurutnya, berdasarkan maklum balas diterima daripada mereka yang pernah terjebak dengan aktiviti LGBT ini, golongan berkenaan boleh berubah dengan daya usaha serta sokongan mereka yang rapat seperti ahli keluarga.

Cubaan promosi hak 

Sementara itu, Setiausaha Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, dapatan kajian yang dilakukan pada 2001 menunjukkan kebanyakan gay dan lesbian Muslim di Malaysia memilih tidak menzahirkan identiti serta orientasi seksual mereka. Katanya, ini kerana suasana dan persekitaran di negara ini yang tidak membantu atau menyokong seandainya mereka mendedahkan identiti mereka. Namun, kini sudah ada usaha untuk menjernihkan kumpulan berkenaan oleh pihak tertentu dan ini memberi ancaman kepada kesejahteraan umat. "Penulis Muslim di Barat kini dilihat menggunakan pendekatan lebih intelektual dalam usaha menjustifikasikan perlakuan homoseksual dan menganjurkan perkahwinan sama jenis berdasarkan perspektif mereka. "Idea ini cuba dipromosikan ke seluruh dunia termasuk Malaysia di mana gerakan hak homoseksual di peringkat antarabangsa mendesak supaya undang-undang liwat yang mengharamkan perlakuan homoseksual secara sukarela dibatalkan," katanya.

Atasi masalah 

Peserta seminar turut mengakui antara sebab golongan berkenaan terjebak aktiviti bercanggah syariat agama ialah faktor keluarga serta persekitaran terutama ibu bapa yang tidak memberi perhatian kepada anak bermasalah. Kesimpulan yang dicapai, kunci kepada permasalahan itu ialah pentingnya memberi kasih sayang secukupnya kepada anak dalam proses pembentukan identiti dari umur mereka lima hingga 10 tahun. Manakala bagi anak yang terjerumus dalam kegiatan LGBT pula, mereka tidak sepatutnya disingkirkan sebaliknya dibantu dengan merujuk kepada pakar serta berusaha mendekatkan mereka kepada ajaran agama Islam yang sebenar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/227009
0 Komentar untuk "Golongan LGBT boleh diubah "

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI