'Memori Berkasih' Jadi Viral Gara-Gara Gegar Vaganza - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

'Memori Berkasih' Jadi Viral Gara-Gara Gegar Vaganza

PETALING JAYA: Lagu Memori Berkasih yang dinyanyikan Lan (Kristal) dan Siti Nordiana pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) mendapat permintaan tinggi gara-gara rancangan itu.

Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, ada segelintir pihak tetap mehukan dia membawa lagu tersebut secara solo (tanpa Siti Nordiana) walaupun ketika itu dia memenuhi undangan persembahan bersama anggota Kristal.

"Saya tak sangka lagu Memori Berkasih yang saya dan Nana (Siti Nordiana) persembahkan menjadi viral. Tetapi bagi saya, ia adalah sesuatu yang baik kerana Nana sedang bertanding dalam pertandingan itu dan fenomena itu adalah bonus untuknya agar kekal dalam program tersebut.

"Cuma, saya tak sangka, kebanyakan pihak penganjur majlis mahu saya bawakan lagu itu. Permintaan lagu itu tinggi. Solo atau berkumpulan, Memori Berkasih menjadi pilihan penganjur. Mereka lebih gembira jika ada Nana sekali dalam persembahan," katanya yang dihubungi mStar Online.


Lagu Memori Berkasih nyanyian asal Nana dan Allahyarham Achik (Spin) pernah menjadi popular pada awal tahun 2000.

Gandingan Nana dan Lan pada malam konsert GV2 terus meraih perhatian netizen dan ia masih menjadi bualan di media sosial sehingga kini.

Sementara itu, mengenai perkembangan lain, Lan berkata, kumpulan Kristal bakal muncul dengan single lagu baharu berjudul Beribu Alasan pada Disember ini.

Katanya, selepas menandatangani kontrak bersama syarikat rakaman Music Valley Malaysia (MVM) baru-baru ini, kumpulannya akan membuat konsert jelajah mini pada tahun hadapan.

"Bagi mengekalkan momentum kumpulan Kristal, kami akan muncul dengan lagu Beribu Alasan dan seterusnya konsert jelajah mini pada tahun depan.

"Diikuti pula dengan kemunculan album baru. Bagaimanapun kami fokus pada keluaran single dahulu," tuturnya.


0 Komentar untuk "'Memori Berkasih' Jadi Viral Gara-Gara Gegar Vaganza"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI