Mia Ahmad Buang Gambar Syarul Ridzwan Bukan Kerana Putus Cinta - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Mia Ahmad Buang Gambar Syarul Ridzwan Bukan Kerana Putus Cinta

PETALING JAYA: Pelakon Mia Ahmad menjelaskan tindakan dia membuang gambar-gambar mesranya bersama aktor Syarul Ridzwan di laman Instagram bukan kerana mereka putus cinta.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia memadam gambar-gambar itu agar peminat tidak terus terbawa-bawa watak mereka setelah drama berjudul Hati Perempuan itu tamat April lalu.

"Kabanyakkan gambar itu saya muat naik ketika drama kami sedang ditayangkan, kami cuma tolong promosikan sahaja, namun ia tidak bermakna saya tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu.

"Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril," ujarnya kepada mStar Online.

Mia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakannya memadam gambar-gambar bersama aktor Syarul Ridzwan di Instagram miliknya baru-baru ini adakah kerana hubungan cinta mereka sudah berkahir.

Pasangan yang popular dengan drama Hati Perempuan ini juga dikatakan menjalinkan hubungan cinta dan sering kelihatan bersama biarpun selepas penggambaran drama berkenaan.

Walau Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan tersebut.

"Hubungan saya dan Syarul hanya sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu, sehingga sekarang pun kami masih berkawan macam biasa.

"Kalau kami diminta untuk digandingkan sekali lagi juga saya tiada masalah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mia berkata dia kini sedang dalam penggambaran muzik video untuk kumpulan Hyperact berjudul Tak Kan Pergi bersama pelakon Hafreez Adam.

0 Komentar untuk "Mia Ahmad Buang Gambar Syarul Ridzwan Bukan Kerana Putus Cinta"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI