Kerajaan rancang potong lebih banyak subsidi - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

Kerajaan rancang potong lebih banyak subsidi

PETALING JAYA: Kerajaan merancang untuk memotong lebih banyak subsidi petrol, gas cecair petroleum dan minyak masak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Langkah itu dilakukan sebagai mengukuhkan kedudukan fiskal kerajaan biarpun langkah tersebut adalah kurang popular terutama dalam situasi di mana imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang tercalar akibat skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah yang berkata, turut akan dikurangkan ialah hutang perumahan kakitangan kerajaan yang jumlahnya berbilion ringgit.

Bagaimanapun katanya, kesemua langkah pengurangan itu akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Ini membantu kita untuk terus mengukuhkan serta meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan selama ini di sebalik segala cakap-cakap yang tidak senang dengan langkah tersebut. Saya sifatkan cakap-cakap belakang itu adalah sesuatu yang sementara,” katanya dalam satu temuramah eksklusif dengan Bloomberg.

Tambah beliau, keputusan Fitch Ratings untuk menyemak naik penarafan negara memberikan ruang kepada Malaysia untuk melaksanakan pengukuhan fiskal.

“Kita tidak mampu untuk memberikan subsidi selamanya. Pada satu peringkat, terdapat terlalu banyak subsidi sehingga sistem kerajaan sudah tidak mampu untuk menanggungnya,” ujar beliau lagi.  - FMT

0 Komentar untuk "Kerajaan rancang potong lebih banyak subsidi"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI