PKR gagal kemuka bukti Khalid salah guna kuasa - AHMAD PAZIL BIN MD ISA

AHMAD PAZIL BIN MD ISA

BERITA INFORMASI TERKINI

Facebook

PKR gagal kemuka bukti Khalid salah guna kuasa

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal mengemukakan sebarang bukti terhadap tuduhan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim salah guna kuasa termasuk dakwaan penyelesaian hutang Bank Islam yang meragukan.

Pegawai Khas kepada Khalid, Faekah Husin berkata, mantan Menteri Besar Selangor itu telah mengheret beberapa pemimpin utama PKR ke mahkamah kerana membuat tuduhan dan menfitnah beliau.

Katanya, walaupun PKR telah memfailkan beberapa dokumen penting termasuk Penyataan Pembelaan, namun tiada satu buktipun dikemukakan bagi menyokong tuduhan itu.

“Mahkamah akan membuktikan bagaimana jahat dan hinanya kumpulan ini menfitnah mantan Menteri Besar demi merampas tampuk pemerintahan di Selangor,” katanya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu berkata, usaha PKR menjatuhkan Khalid dengan melemparkan fitnah dan tohmahan nampaknya sia-sia kerana penggantinya, Azmin Ali, gagal mentadbir Selangor dengan baik.

Katanya, sepanjang sembilan bulan menjadi Menteri Besar, tiada sebarang fakta yang boleh menyokong bahawa Azmin mentadbir lebih baik berbanding Khalid.

Katanya, isu penstrukturan semula air di Selangor masih lagi tertangguh walaupun bahagian-bahagian utama dan sukar dalam perjanjian telahpun diselesaikan oleh Khalid.

Katanya, Khalid telah mengadakan rundingan kompleks dan holistik selama lima tahun dalam lebih 60 sesi mesyuarat dan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sejak 2009.

“Cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) kononnya dibatalkan sedangkan EKVE (East Klang Valley Expressway), projek yang dianugerahkan kepada Ahmad Azri Resources Berhad di Ukay Perdana/Bukit Antarabangsa diluluskan?

“Azmin juga membentangkan belanjawan defisit buat pertama kalinya untuk 2015 meskipun tanpa justifikasi yang sah berbanding belanjawan berimbang selama enam tahun berturut-turut sejak 2009?,” katanya.

Faekah berkata, kenyataan pengampu pemimpin PKR yang bermati-matian mempertahankan Azmin tanpa memberi fakta kejayaan tidak memberi sebarang erti.

Malah, ia menambahkan lagi kelemahan Azmin yang terpaksa mendapatkan sokongan daripada pemimpin PKR yang tidak berkredibiliti dan integriti.

“Maka tiada jalan lain yang lebih adil dan berfaedah bagi rakyat Selangor melainkan beliau beri laluan kepada yang lebih layak,” katanya.  - FMT

0 Komentar untuk "PKR gagal kemuka bukti Khalid salah guna kuasa"

ISU SEMASA

LIKE FACEBOOK

Networkedblogs

Popular Posts

BERITA HARI INI